anjing

1. sejenis binatang yang menyalak (ada yang dipelihara untuk menjaga rumah dan sebagainya dan ada yang liar);

2. [kiasan] barua, tali barut, angsama, muncikari, jaruman, pinang muda:
dia menjadi ~ musuh kerajaan;
~ air
memberang, berang-berang, Lutra spp.;
~ ajak = ~ geladak anjing yang tidak dipelihara;
~ arau anjing belang putih hitam;
~ hitam ki orang jahat yang sentiasa menunjuk-nunjukkan keburukannya kepada umum;
~ hutan anjing liar yang hidup dalam hutan, Cuon alpinus;
~ koreng anjing yang bergaris-garis kuning dan hitam;
~ kumbang = ~ lotong anjing yang berwarna hitam;
~ ladang anjing belang hitam dan kuning tua;
~ laut sejenis mamalia laut, Halichoerus grypus;
~ langsat anjing yang berwarna kuning langsat;
~ nibung anjing yang berwarna kuning kecoklat-coklatan;
~ pandan anjing yang berwarna merah;
~ penghidu anjing yang dilatih khas untuk mengesan dadah, menjejaki penjenayah dan sebagainya;
~ polis anjing yang terlatih untuk membantu polis menjejaki penjenayah, mengesan dadah dan sebagainya;
~ sabun anjing yang berwarna putih;
~ serigala sejenis anjing liar yang hidup dalam hutan;
~ sokom anjing yang berbintik-bintik hitam;
~ tanah sejenis serangga, Gryllotalpa vulgaris;
~ tarikan sejenis anjing yang digunakan oleh orang Eskimo untuk menarik heretan mereka dan sebagainya;
~ galak, babi berani (peribahasa) berani sama berani, kuat sama kuat;
~ diberi makan nasi bilakan kenyang (peribahasa) sia-sia memberi nasihat yang baik kepada orang jahat;
~ ditepuk menjungkit ekor (peribahasa) orang yang tidak berbudi, jika dihormati akan menjadi sombong;
~ itu jika dipukul sekalipun, berpulang juga ia ke tempat yang banyak tulang (peribahasa) orang yang tamak dan tidak bermalu itu tidak peduli akan nama baiknya (tidak terhalang oleh hukuman);
~ itu meski dirantai dengan rantai emas sekalipun, nescaya berulang-ulang juga ia ke tempat najis (peribahasa) orang yang bertabiat jahat itu, walau bagaimana sekalipun, tidak akan berubah lakunya;
~ mengulangi bangkai (peribahasa) laki-laki yang mengulangi perbuatan yang tidak senonoh (perempuan jahat dan lain-lain);
~ menyalak bukit mahukah runtuh = beberapa pun ~ menyalak bukit bolehkah runtuh (peribahasa) bagaimanapun orang yang jahat mencela orang yang baik tidak akan ada akibatnya;
~ tiada bercawat ekor (peribahasa) sesuatu yang hina dan tidak berguna tidaklah indah pada mata sekalian orang;
bagai ~ beranak enam (peribahasa) dikatakan kepada perempuan yang kurus sekali kerana melahirkan anak;
bagai ~ melintang denai (peribahasa) seseorang yang sombong menunjukkan kesombongannya;
bagai ~ menyalak di ekor (di pantat) gajah (peribahasa) orang yang lemah hendak melawan orang yang berkuasa;
bagai ~ tersepit di pagar (peribahasa) seseorang yang dalam kesusahan serba salah halnya;
bangsa ~ kalau biasa makan tahi, tak dimakan, dicium ada juga (peribahasa) orang yang biasa berbuat jahat itu walau bagaimanapun akan teringat juga akan perbuatan yang jahat;
bagai disalak ~ bertuah (peribahasa) tidak dapat bertangguh, permintaan mesti dikabulkan (berkenaan (dengan) anak-anak yang tidak dapat ditolak kehendaknya);
melepaskan ~ tersepit (sesudah lepas dia menggigit) (peribahasa) menolong orang yang tidak tahu membalas budi;
sebagai ~ terpanggang ekor (peribahasa) dikatakan kepada seseorang yang mendapat kesusahan yang amat sangat, sehingga kian ke mari mencari pertolongan;
seperti ~ berebut tulang (peribahasa) dikatakan kepada orang tamak yang merebuntukan harta;
seperti ~ berjumpa pasir (peribahasa) orang yang selalu ria hati kerana mendapat benda yang disukainya;
seperti ~ beroleh bangkai (peribahasa) dikatakan kepada orang tamak yang mendapat sesuatu dengan mudahnya;
seperti ~ dengan kucing (peribahasa) ibarat orang yang selalu berbantah;
seperti ~ kedahuluan (peribahasa) [Minangkabau] seseorang yang didahului oleh orang yang lebih mulia (kaya) dalam hal meminang gadis dan lain-lain;
seperti ~ kepala busuk (peribahasa) orang yang telah diketahui kejahatannya, ke mana ia pergi dihinakan orang juga;
seperti ~ lapar mendapat tulang, daging segumpal dan sekeping apam (peribahasa) orang yang melakukan sesuatu kebajikan hanya kerana mengharapkan keuntungan;
seperti ~ menggonggong bangkai (peribahasa) dikatakan kepada orang laki-laki yang membawa perempuan jahat;
seperti ~ menggonggong tulang (peribahasa) orang tamak yang hendak memiliki harta orang, akhirnya harta sendiri yang habis;
umpama ~ makan muntahnya (peribahasa) orang yang tamak itu tidak membezakan yang baik dengan yang jahat.

berkongsi