1. tidak tersusun (teratur), campur baur, campur aduk:
susunan kad itu ~;
2. kusut, tidak berketentuan, tidak teratur, tidak tenteram:
fikirannya ~;
3. huru-hara, tidak aman, tidak tenteram:
pemimpin-pemimpin Perikatan menenteramkan keadaan ~ di Singapura;
~ daun mengganggu urusan peribadi, ketenangan, keselesaan dan sebagainya, orang lain;
4. = berkacau;
berkacau
1. bercampur baur, bergaul betul:
tunggu sampai cat itu sudah ~ benar;
2. bercampur aduk (dengan hal-hal lain), berkecamuk, tidak kemas dan teratur:
suasana pada masa itu ~ dengan soal perkauman;
fikirannya ~;
mengacau
1. menggaul sampai berkacau, mengaduk:
~ air kopi;
2. menjadikan kacau (tidak teratur, tidak aman, dan lain-lain), menimbulkan huru-hara (kesulitan dan lain-lain):
~ ketenteraman;
3. merunsingkan (fikiran, perasaan):
~ fikiran;
anaknya ~ hatinya;
mengacaukan
1. menjadikan bercampur (bergaul) betul;
2. menjadikan berkacau dengan hal-hal lain;
3. mengacau, menimbulkan keadaan yang kacau:
satu pembaikan yang agak luas mempengaruhi sistem ejaan baru ini ialah dari segi keselarasan vokal yang dahulunya hal ini amat ~;
memperkacaukan menjadikan berkacau;
kacauan (sesuatu) yang bercampur aduk:
bahasa Melayu pasar ialah bahasa ~;
kekacauan keadaan kacau, keadaan tidak teratur (tidak aman dan sebagainya), kejadian yang merosakkan (mengganggu) ketenteraman, kerusuhan:
melawat tempat berlakunya ~;
kepelbagaian ejaan untuk satu bahasa tentulah menimbulkan ~ sahaja;
pengacauan perihal mengacau;
pengacau
1. (orang) yang mengacau, perusuh;
2. alat untuk mengacau.