semangat ~ semangat untuk berjuang demi mencapai, mendapatkan atau memperoleh sesuatu (kejayaan, kemenangan dan sebagainya):
semangat ~ yang tinggi dapat membantu mengatasi halangan itu;
berjuang
1. berlaga antara satu dengan lain (berkenaan (dengan) binatang yang besar-besar), berlanggaran, berlawan;
2. hendak mencapai atau mengatasi sesuatu dengan jalan beradu tenaga (kekuatan, kuasa, dan sebagainya) dengan pihak atau unsur yang menentangnya atau boleh memudaratkannya:
rakyat Asia dan Afrika sedang ~ mati-matian untuk merebut kemerdekaan daripada penjajah;
gajah sama gajah ~, pelanduk mati di tengah-tengah (peribahasa) kalau orang besar-besar berselisih, rakyat juga yang mendapat susah;
berjuangkan [sastera lama] melagakan, melanggarkan:
segala orang yang bergajah, ~ gajahnya dan segala yang berkuda, bergigitkan kudanya;
menjuang [sastera lama] melanggar, menyerang:
musuh mana akan datang, mana tebing akan runtuh, atau kubu akan dijuang;
memperjuangkan hendak memperoleh sesuatu dengan berjuang:
mereka mogok kerana hendak ~ gaji yang lebih tinggi;
perjuangan perihal berjuang untuk merebut (mencapai, mempertahankan) sesuatu:
kita semestinya tidak lupa akan peranan guru Melayu dalam ~ kebangsaan sejak sebelum merdeka dahulu;
seperjuangan sama-sama berjuang:
kawan ~ ;
pejuang orang yang berjuang (untuk merebut, mencapai, mempertahankan sesuatu):
ia seorang ~ bangsa yang senantiasa dicurigai oleh pihak Inggeris;~ kebebasan orang yang berjuang untuk membebaskan diri, tanah air dan sebagainya daripada belenggu, cengkaman, penindasan dan sebagainya penjajah atau kuasa asing;
~ kemerdekaan orang yang berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan tanah airnya.