jari I

1. hujung tangan atau kaki yang beruas:
dua daripada ~ tangan kanannya telah putus;
anak ~

a) salah satu daripada lima jari;
b) = ~ anak jari kelengkeng;
ibu ~ = ~ ibu jari yang terbesar, jempol;

2. sukatan panjang (lebar) yang besarnya seluas atau sepanjang jari:
jaraknya mestilah lebih kurang se~;

3. benda (atau bahagiannya) yang mempunyai rupa seperti jari;
~ ampai sejenis cemeti daripada rotan dan lain-lain untuk memukul orang salah;
~ hantu (malang, mati, panjang, tengah) jari tangan yang terpanjang (letaknya di antara telunjuk dan jari manis);
~ kelengkeng = ~ anak (renek) ark jari tangan yang terkecil;
~ kunyit [Kelantan] jari kaki atau jari tangan yang berlapis-lapis kerana penyakit kudis dan lain-lain;
~ lipan tali daripada daun kelapa muda yang dianyam (untuk perhiasan dan lain-lain);
~ manis jari tangan yang letaknya di antara jari kelengkeng dengan jari hantu;
~ telunjuk (syahadata ark) jari di antara ibu jari dengan jari hantu;
~ laksana duri landak ki jari yang cantik;
~ seperti susun sirih [kiasan] jari yang lentik;
dapat dibilang (dihitung) dengan ~ sangat sedikit;
menggigit ~ kecewa;

penjarian (Seni Muzik) teknik menggunakan jari dalam bermain alat muzik, khususnya alat tiup, alat tali dan papan nada.

berkongsi