1. orang (kaum, golongan) terpelajar, cerdik pandai, cendekiawan:
membentuk kesedaran dan menarik bakal-bakal ~ yang sedang belajar;
kalau kita mengkaji ~ barat, kita dapati kebudayaan dan pengetahuan bahasa Arab tersebar luas ke Eropah oleh pendeta-pendeta yang melarikan diri;
2. mempunyai kemampuan yang tinggi untuk berfikir (menggunakan akal budi);
mengintelektualkan menjadikan seseorang intelekual:
~ ulama;
keintelektualan perihal (kemampuan) menggunakan intelek atau akal budi, sifat (sebagai) intelektual:
sejarah kemahasiswaan Universiti Malaya ialah sejarah pencarian adaptasi dan penyesuaian antara ~ mahasiswa dengan keperluan rakyat;
pengintelektualan proses menjadikan seseorang atau sesuatu intelektual:
antara isu perancangan bahasa ialah ~ bahasa Malaysia.