timbang, tidak berat sebelah;
roda ~ roda yang meneruskan dan melicinkan perjalanan enjin;
seimbang
1. setimbang, sama berat, tidak berat sebelah:
di daerah itu, kekuatan parti pembangkang ~ dengan kekuatan parti yang berkuasa;
jungkat-jungkit adalah ~ di tengah-tengahnya;
2. setimpal, sebanding, sepadan:
memberi balasan yang ~;
3. sesuai, cocok:
sikapnya selalu ~ dengan pengertian hidup isterinya;
abang tidak boleh memaksa hati saya ~ dengan hati abang;
makanan ~ makanan yang khasiatnya sesuai bagi keperluan tubuh;
berseimbang setimbang, sepadan, sebanding;
berseimbangan sama imbangannya (antara satu sama lain);
menyeimbangkan menjadikan seimbang (tetap, tidak turun naik, dan sebagainya):
tugas utama kabinet baru ini ialah ~ ekonomi;
kerajaan berhasrat menyusun semula masyarakat untuk ~ kedudukan ekonomi;
keseimbangan keadaan seimbang:
~ ekonomi antara kaum di negeri ini sangat mustahak;
nyatalah bahawa sistem pendidikan di negara ini mesti merupakan sistem yang mempunyai ~ antara mata pelajaran sastera dan sains;
ketidakseimbangan perihal (keadaan) tidak seimbang:
~ pengagihan kuasa dan kemakmuran dalam masyarakat;
~ dalam soal pencapaian mutu pelajaran;
masalah ~ taburan penduduk di muka bumi ini;
perseimbangan perihal berseimbang;
berimbang
1. sepadan, sebanding, setimbang, sama (banyak, berat, kuat, dan lain-lain):
tokong simbang tampak beratur, tampak dari Tanjung Jati, laksana ~ buah catur, raja mati, menterinya mati;
2. = berimbangan berbandingan (dengan), berpadanan (dengan), berpatutan (dengan):
dia berusaha lebih giat lagi supaya pendapatannya ~ dengan perbelanjaannya;
upah yang diberikan itu adalah ~ dengan kerja yang dibuatnya;
mengimbangi
1. menjadi sebagai imbangan kepada:
banyaknya gula ~ pahit kopi yang pekat;
2. menandingi, melawani:
tungku pemanas bilik tak dapat ~ dingin yang amat sangat itu;
3. membalas (budi, cinta, dan lain-lain):
kebaikan diimbangi dengan kebaikan;
mengimbangkan, memperimbangkan menjadikan supaya berimbang (sebanding):
penubuhan syarikat ini akan dapat meneruskan usaha ~ kedudukan ekonomi antara semua golongan rakyat dalam negara ini;
~ kira-kira;
imbangan
1. keadaan yang seimbang:
bacaan yang baik berkehendakkan ~ antara bahan bacaan yang berat dengan yang ringan;
2. bandingan, timbangan:
pertubuhan itu mengkaji ~ kekuatan tentera kuasa-kuasa dunia;