hemat

1. tidak boros atau membazir (dalam membelanjakan wang atau menggunakan sesuatu), cermat, jimat:
kalau ingin kaya kita harus berbelanja dengan ~;

2. dengan penuh perhatian (minat dan lain-lain), dengan teliti, cermat, hati-hati, berhati-hati, berwas-was, beringat-ingat, berjaga-jaga:
pegawai penyelidik itu bekerja dengan ~;
kereta itu berlanggar kerana pemandunya kurang ~;

3. pemerhatian, pengamatan:
usul itu pada ~ kita bertentangan dengan semangat parti;
~ pangkal kaya, sia-sia hutang tumbuh
(peribahasa) kalau hendak kaya mestilah berjimat-cermat, kalau boros pasti akan berhutang;

berhemat
1. berjimat, bercermat:
sebab itu dia hendak ~ menyimpan wang;

2. berhati-hati, teliti:
amatlah mustahaknya pengarang itu ~ kerana sekiranya perkataannya itu didapati palsu maka hukuman terhadapnya menjadi berat;
ingat sebelum kena, ~ sebelum habis
(peribahasa) perlu berikhtiar dengan sungguh-sungguh supaya tidak menyesal di kemudian hari;

menghemat, menghematkan menjimatkan, menggunakan sesuatu berdikit-dikit, memakai sesuatu dengan berhati-hati (supaya tidak rosak dan lain-lain):
kanak-kanak sejak dari kecil perlu dilatih ~ wang;

terhemat;
tidak ~ tidak terkira;

hematan perhitungan, perkiraan;

kehematan perihal (sifat) hemat;

penghematan perihal atau perbuatan menghemat.

berkongsi