~ tangan (berkenaan (dengan) surat dan sebagainya) tidak dihantar melalui pos tetapi dihantar melalui orang (pembawa dan sebagainya);
berhantar diiringi, dikawani, ditemani;
datang tak berjemput, pulang tak ~ (peribahasa) perihal orang yang tidak diendahkan;
menghantar
1. mengiringkan (membawa, mengawal, mengawani, menemani) seseorang ke sesuatu tempat tertentu dan meninggalkannya di situ:
setiap hari ayah ~ kami ke sekolah dengan keretanya;
2. membawa atau menyebabkan bergerak dari satu tempat ke tempat lain, mengalirkan:
pam jantung di sebelah kanan ~ darah masuk ke dalam paru-paru melalui salur nadi;
3. menyampaikan surat (kad jemputan, laporan, dan sebagainya) melalui alat perhubungan (seperti pos, telegraf, dan sebagainya), mengirim:
dia ~ surat kepada ayahnya setiap bulan;
4. membawa untuk diberikan (disampaikan) kepada seseorang dan sebagainya:
dia datang ke rumah ~ surat itu;
5. membawa ke sesuatu tempat (untuk tujuan tertentu):
~ manusia ke bulan;
~ kereta ke bengkel untuk dibaiki;
6. menyertakan sesuatu (untuk dipertandingkan dan sebagainya):
dalam pertandingan itu, Ramli ~ dua buah lukisannya;
7. membiayai pelajaran dan sebagainya, memasukkan (ke sekolah dan sebagainya yang tertentu):
kerajaan telah ~ ramai pelajar bumiputera ke luar negeri;
~ anaknya ke sekolah aliran Melayu;
8. menyuruh (mengarahkan, meminta, memaksa, dan sebagainya) pergi ke sesuatu tempat (untuk melaksanakan sesuatu tugas dan sebagainya):
~ bala tentera ke sempadan;
~ perwakilan ke sesuatu persidangan;
9. menendang (membaling, memukul) bola ke sesuatu tempat atau kepada seseorang pemain lain (dalam permainan bola sepak, hoki, badminton, dan lain-lain):
Hassan ~ bola ke pintu gol;
~ cincin = ~ tanda membawa (memberi, mengirim) cincin untuk tanda pertunangan;
hantar-menghantar
1. saling menghantar, kirim-mengirim, beri-memberi:
setiap Hari Raya kami saling ~ kuih dan hadiah;
2. [arkaik] berturut-turut tetapi tidak teratur antaranya:
ia masih hidup kerana nafasnya ~;
menghantari membawa untuk diberikan kepada, mengirimi:
maka dihantari baginda rakyat dan gajah kuda tidak terpermanai banyaknya;
suaminya tidak ~nya surat;
menghantarkan = menghantar;
hantaran
1. sesuatu yang dihantar (dikirim), kiriman:
petani-petani sambilan ini mungkin mendapat ~ daripada anak dan ahli keluarga yang melakukan migrasi;
2. = ~ kahwin = wang ~ wang yang dihantar oleh pihak lelaki kepada bakal mentua untuk perbelanjaan perkahwinan, belanja hangus;
3. (dalam majlis perkahwinan orang Melayu) hadiah (berupa makanan, pakaian, dan sebagainya) yang dibawa bersama wang hantaran:
pihak pengantin lelaki membawa tujuh dulang ~;
4. (dalam permainan bola sepak dan lain-lain) tendangan (balingan dan sebagainya) bola ke sesuatu tempat atau kepada pemain lain:
~nya tidak sampai kepada kawannya;
penghantaran perihal (perbuatan, kerja) menghantar (mengirim dan lain-lain);
penghantar
1. orang yang menghantar (mengirim) surat dan sebagainya;
2. orang yang membawa sesuatu untuk diberikan (disampaikan) ke sesuatu tempat atau kepada seseorang, pembawa:
~ surat khabar;
~ pos (surat) [Indonesia] posmen;
3. orang yang membuka mesyuarat (pembicaraan dan lain-lain);
4. alat untuk menghantar;
5. = pengantar pandangan umum yang ringkas tentang isi buku, ceramah, dan lain-lain;
kata ~ kata pendahuluan, prakata;
6. = pengantar sesuatu (bahasa) yang digunakan untuk menyampaikan maklumat, seperti ilmu pengetahuan dan lain-lain:
bermula pada tahun 1982, bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa ~ pendidikan di peringkat sekolah menengah;
berpenghantarkan, berpengantarkan menggunakan sesuatu (bahasa) sebagai penghantar:
kanak-kanak itu belajar di sekolah yang ~ bahasa ibundanya.