[bahasa percakapan] = bertukar;
~ barang bertukar barang dengan barang (dalam perdagangan);
~ cincin saling memberi cincin tanda (pada hari pertunangan);
~ ganti memberi ganti (benda yang telah hilang dan lain-lain);
~ tambah bertukar barang dengan memberi tambahan wang;
bertukar
1. memberi dan menerima gantinya, saling memberi:
kedua-dua lelaki berjabat tangan, sedang kedua-dua perempuan ~ sapa;
2. berubah kepada bentuk (rupa dan lain-lain) yang lain:
mukanya yang jernih tadi tiba-tiba ~ menjadi muram;
~ dari yang sudah-sudah berlainan (berubah) dari yang sudah-sudah;
3. berganti dengan yang lain, bersalin (pakaian dan lain-lain), bersilih (kulit, bulu, dan lain-lain):
timbanya yang dibuat daripada upih itu empat hari sekali ~;
4. berpindah dari suatu tempat ke tempat yang lain (dari kereta ke kereta yang lain dan lain-lain):
dia sekarang sudah ~ ke Ipoh;
~ adat berubah adatnya (berlainan daripada yang biasa);
~ akal menjadi gila;
~ baju (pakaian) bersalin baju (pakaian);
~ bulu
a) berganti dengan bulu yang baru (burung dan lain-lain), bersilih bulu;
b) [kiasan] berubah pegangan (pendapat, pendirian, dan lain-lain);
~ fikiran
a) berbincang, berbahas;
b) berubah pendapat (pendirian dan lain-lain);
c) gila;
~ ganti berganti dengan yang baru;
~ haluan berubah arah (haluan dan lain-lain);
~ hati
a) sudah berubah perasaan hati;
b) lain di mulut lain di hati;
~ kulit
a) bersalin kulit (ulat dan lain-lain);
b) [kiasan] berubah pendapat dan lain-lain;
~ lalu bertukar barang dengan tidak menambah wang;
~ sebut tidak sama atau berbeza pendapat (perkataan dan lain-lain);
~ tangan berpindah kepada orang lain (pihak lawan dan sebagainya);
~ tempat
a) yang satu berpindah ke tempat yang lain dan kebalikannya;
b) berpindah tempat;
seiring ~ jalan, seia ~ sebut (peribahasa) orang yang setujuan maksud atau faham tetapi berlainan cara melaksanakannya;
bertukar-tukar
1. selalu berganti, berganti-ganti;
2. saling mengambil hak orang lain (kerana tersalah atau tersilap);
3. saling memberi:
mereka dibenarkan ~ hadiah yang kecil-kecil;
kami sering berbincang dan ~ pendapat;
bertukaran, bertukar-tukaran saling memberi sesuatu, beri-memberi:
mata kami sentiasa bertukar-tukaran pandangan yang membawa makna;
menukar
1. mengganti dengan yang lain:
~ pakaian;
2. merubah kepada keadaan yang lain:
air boleh ditukar menjadi wap jika dipanaskan;
kemudian ia ~ haluannya serta belayar menghala ke utara;
3. menghantar (meletakkan dan lain-lain) ke tempat lain, memindahkan;
4. [Minangkabau] membeli-belah, berbelanja;
tukar-menukar saling memberi, beri-memberi:
pada zaman dulu orang menjalankan perniagaan dengan cara ~ barang;
menukari memberi sesuatu sebagai ganti, mengganti:
~ wang kertas dengan wang perak;
menukarkan
1. menggantikan dengan yang lain:
yang dibuat oleh baginda itu hanyalah ~ orang Portugis yang lemah dengan orang Belanda yang lebih kuat;
2. mengubahkan kepada sesuatu yang lain (menjadi sesuatu yang lain):
ketiga-tiga itu pun mulalah bertapa dan bersetuju ~ nama mereka;
3. menghantarkan (memindahkan, meletakkan dan lain-lain) ke tempat lain:
aku akan ditukarkan ke Pahang bulan depan;
mempertukarkan
1. menukarkan;
2. menjadikan bertukar(-tukar);
tukaran sesuatu yang ditukarkan, pengganti:
jikalau tuan hendak melepaskan katak ini berilah ~nya;
pertukaran perihal bertukar (mempertukarkan), pergantian, perubahan, perbuatan, dan sebagainya bertukar-tukar (pendapat dan sebagainya):
sebagaimana mata pelajaran lain, pelajaran senaman juga menghendaki ~ dari satu jenis ke satu jenis yang lain;
suasana pertemuan dan ~ pendapat antara para editor; ~ asing wang atau mata wang asing (yang digunakan dalam perniagaan antara negara);
penukaran perihal menukarkan (mengubahkan, memindahkan, menggantikan, dan lain-lain), pemindahan, penggantian, pengubahan:
diadakan ~ tandatangan sebagai cenderamata;
penukar orang atau alat yang menukar(kan);
~ wang orang yang menukar wang (wang dalam negara dengan wang luar negara).