salah I

1. tidak benar, tidak betul:
dia boleh membezakan antara yang ~ dan yang benar;
jawaban kamu ~;

2. tidak tepat (sasaran, maksud, dan lain-lain), tidak kena:
kakinya terkehel kerana ~ menendang bola;

3. tidak baik, tidak layak, tidak patut, cacat, cela:
Kolonel Farquhar itu pergi ke Siak meminta tempat hendak membuat negeri di Tanjung Jati, akan tetapi ~nya di sana apabila musim utara terlalu amat besar ombaknya;
~ sedikit baginda tidak berputera
sayang sedikit baginda tidak berputera;

4. perbuatan yang menyalahi hukum (aturan dan lain-lain), perbuatan yang tidak patut (layak):
itu ~nya sendiri;

5. = bersalah berbuat sesuatu yang menyalahi hukum (aturan dan lain-lain), berbuat sesuatu yang tidak patut (tidak layak):
lain yang ~, lain yang diseksa;
dia didapati ~ kerana bersubahat dengan musuh-musuh negara;
~ adat
tidak mengikut adat, melanggar adat;
~ agak = ~ duga = ~ kira = ~ sangka tidak betul telahannya;
~ ambil silap mengambil;
~ ambilan silap mengerti;
~ anggapan keliru;
~ angkuh [Minangkabau] tidak patut pada pandangan orang;
~ asuhan tidak elok didikannya;
~ (sesat) air salah didikan (sukar untuk diajar);
~ bantal berasa sakit pada tengkuk atau leher selepas bangun daripada tidur;
~ bawa tidak betul caranya mengamalkan sesuatu ajaran dan sebagainya;
~ bebal salah dan bebal, kesilapan dan kekeliruan kerana kebodohan;
~ benang [Minangkabau]
a) silap menenun sesuatu;
b) sakit (badan);
~ besar kesilapan yang sangat besar;
~ cakap kesilapan ketika bercakap (menyebabkan orang lain sakit hati dan lain-lain);
~ cerna sakit kerana tidak hadamnya makanan;
~ cetak kesilapan (yang dilakukan) pada waktu mencetak, ralat;
~ dengar tidak mendengar mesej, berita dan sebagainya dengan betul;
~ dorong terlanjur perbuatan;
~ duga silap menduga;
~ eja(an) silap mengeja;
~ faham tidak mengerti hal yang sebenarnya (silap mengerti);
~ gamak salah agak;
~ hati susah (sakit, mendongkol, dan lain-lain) hati;
~ jalan tersesat;
~ kain terselak kain (sehingga mendedahkan kemaluan atau pangkal paha);
~ kata tidak betul perkataannya;
~ kena tidak kena pada tempatnya;
~ kira salah sangka, marah kerana salah mengerti;
~ laku kelakuan yang dianggap tidak bermoral atau tidak beretika:
masalah ~ laku di kalangan pelajar yang merokok, menagih dadah, mencuri dan bergaduh;
politik wang merupakan suatu kegiatan ~ yang serius yang boleh merosakkan perjuangan parti;
~ langkah

a) silap melangkah;
b) mendapat bencana dalam perjalanan kerana sial, sial;
c) silap (tidak dengan sepatutnya) memulakan sesuatu;
d) buruk perbuatan (maksud);
~ lihat = ~ mata = ~ pandang
a) keliru pelihatan;
b) melihat dengan maksud buruk;
~ mengerti salah tafsir;
~ mulut terlajak kata, terlepas cakap;
~ orang
a) bukan orang yang dimaksudkan (kerana silap pandangan dan lain-lain);
b) bukan orang yang dapat dipermain-mainkan orang lain;
~ paduk tidak sepadan (pasangan suami isteri dan lain-lain);
~ pakai silap memakai;
~ pandang menyangka orang yang dilihat sebagai orang yang dikenali (sebenarnya tidak demikian);
~ periksa
a) silap memeriksa;
b) berbuat sesuatu yang tidak layak;
~ piantan bukan waktunya;
~ pilih tersilap memilih;
~ raba
a) tersilap meraba;
b) tuduhan (dakwaan) yang tidak tepat;
~ rasa
a) perasaan yang tidak menyenangkan (buruk), berfirasat buruk;
b) tidak senang hati;
c) tidak tepat sangkaannya;
~ rupa (roman) [Minangkabau] tidak layak pada pandangan orang;
~ sedikit
a) berbeza sedikit;
b) = ~nya sedikit sayang sedikit;
~ sangka tidak tepat sangkaannya, menyangka yang tidak benar;
~ semat salah faham;
~ sendi tergeliat, terseliuh;
~-silih bermacam-macam kesilapan;
~ tampa salah faham;
~ tanggap salah mengerti, salah memahami (sesuatu);
~ tangkap
a) silap menangkap sesuatu atau seseorang;
b) salah faham, salah mengerti;
~ tebak = ~ teka tidak benar telahan;
~ terima
a) salah faham, salah mengerti;
b) berasa marah kepada;
~ timbang
a) silap menimbang;
b) berat sebelah (menjatuhkan hukuman dan lain-lain);
~ tingkah tidak senonoh (tingkah laku), kurang sopan;
~ tubruk [bahasa percakapan] salah pegang;
~ urat terseliuh, tergeliat;
~ wisel [Indonesia], [bahasa percakapan] salah faham;
~ bunuh memberi balas, ~ cencang memberi pampas = ~ cencang memberi pampas, ~ bunuh membangun = ~ cotok berkudung paruh, ~ telan belah perut (peribahasa) kesalahan mestilah dihukum menurut kadarnya (menurut adat yang telah ditetapkan);
~ makan memuntahkan, ~ tarik mengembalikan, ~ langkah surut kembali (peribahasa) kesilapan dalam sesuatu pekerjaan hendaklah dibaiki segera;
jika ~ sebatang dicabut, ~ serumpun dibongkar, ~ separak dirambah (peribahasa) hukuman haruslah dijatuhkan setimpal dengan kesalahan;
berani kerana benar, takut kerana ~ (peribahasa) bertindak kerana berada pada pihak yang benar;

salah-salah
1. walaupun (sungguhpun, meskipun) salah:
~ dibebaskan juga;

2. jika tidak bernasib baik, jangan-jangan:
~ bersikap, takut akan tertuduh pula;

bersalah
1. melakukan sesuatu yang salah (seperti melanggar hukum dan sebagainya):
jika aku yang ~, aku minta ampun;
mereka menjatuhkan hukuman bunuh ke atas orang yang ~;

2. ada salahnya, mempunyai salah:
sesiapa yang ~ lima, tidak akan lulus;

bersalahan
1. berbeza daripada, berlainan:
tempat itu sungguh baik, tiada ~ seperti berita orang itu;

2. = bersalah-salahan bertentangan, tidak sesuai, tidak bersefahaman, berbantah:
jangan kamu beri bercerai dan ~ ia dua bersaudara ini;
menghukum seseorang tanpa bukti yang nyata adalah ~ dengan hukum Allah;

3. [Minangkabau] kurang sihat (badan);

kebersalahan perihal (rasa, sikap dan sebagainya) bersalah:
kadang-kadang dalam penyaringan ini semacam terjadi ~;

menyalah
1. menyimpang (halanya), menyeleweng;

2. tidak mengikut peraturan (undang-undang dan lain-lain);

3. mengelak (tikaman dan lain-lain), menangkis:
Raja Ngah pun memejamkan matanya lalu menerkam, disalah oleh Bedurai;

4. [Minangkabau] kurang sihat (badan);

menyalahi
1. tidak mematuhi peraturan (undang-undang dan sebagainya), bersalahan dengan:
adinda tiada mahu menyerangi tempat orang, ~ adat;
unsur-unsur luar ini telah banyak ~ hukum morfologi;

2. tidak menyetujui, membantah, menentang:
Pateh itu orang besar, siapa dapat akan ~ katanya;

3. tidak menepati (janji dan lain-lain);

menyalahkan
1. menganggap salah:
aku tidak mahu ~ sesiapa, baik pun engkau;

2. menangkis (tikaman, pukulan, dan lain-lain), mengelakkan:
ia pun melompat ~ tikaman orang itu;

3. menyangkal (tuduhan dan lain-lain), tidak mengakui;

mempersalahkan menimpakan kesalahan kepada, menyatakan (seseorang dan sebagainya) bersalah:
Kamallah yang harus dipersalahkan;

tersalah
1. tidak sengaja membuat salah, tersilap:
jikalau ada apa-apa yang ~ dan tersilap, saya pohonkan berbanyak maaf;
menurutnya, penulis menggunakan kata-kata demikian kerana mereka ~ tafsir erti penggunaan bahasa dalam sastera;

2. tidak tepat;

3. tertuduh (melakukan kesalahan dan lain-lain), disalahkan;

ketersalahan perihal (atau keadaan) tersalah:
~ ini akan membunuh seluruh generasi akan datang;

kesalahan
1. perihal salah (perbuatan salah, kesilapan):
lebih baik saudara mengaku sahaja ~ yang telah dilakukan itu;

2. dipersalahkan, dianggap salah, mendapat salah;

pesalah orang yang didapati bersalah (kerana melanggar hukum dan sebagainya).

berkongsi