muka

1. bahagian hadapan kepala (dari kaki rambut sampai ke dagu):
dia memalingkan ~nya;
~nya pucat;

2. = air ~ rupa muka, wajah, paras:
sekali-kali janganlah engkau menunjukkan ~ masam kepadanya;

3. sebelah hadapan, bahagian depan:
dengan cepat ia melangkah ke pintu ~;

4. hadapan, lawan belakang:
mereka berjalan beriring-iringan, Mangkut di belakang, Yusof di ~;

5. (ke) pengetahuan, (pada) kehadiran, di hadapan:
Duria dituduh oleh pemerintah dan dibawa ke ~ pengadilan;
selalu juga ia membuat ucapan di ~ umum;

6. = ~ surat halaman (buku):
berita ~ depan surat khabar itu ialah berita kapal Undan ditembak Belanda;

7. = permukaan bahagian sebelah atas sesuatu (seperti bumi, laut, dan lain-lain), bidang atau lapisan yang menutup sesuatu, bahagian sesuatu yang pipih atau rata dan yang terdedah kepada pandangan (tidak terselindung):
kerana ~ jalan yang mereka lalui itu lekuk-lekak, jadi perjalanan kereta itu seperti perahu yang dipukul gelombang;
duit syiling mempunyai dua ~;

8. yang terdahulu, permulaan, pendahuluan;
wang ~ wang yang dibayar pada mulanya;

9. yang akan datang (tiba);
bulan (tahun, minggu) ~ bulan (tahun, minggu) yang akan datang;
~ baru orang baru, pemain baru (dalam sesuatu pasukan), orang yang baru melibatkan diri dalam sesuatu kegiatan (usaha dan sebagainya);
~ bumi bidang bumi;
~ keratan permukaan sesuatu (batang dan lain-lain) yang dipotong melintang;
~ lama orang lama, pemain dan lain-lain yang sudah lama melibatkan diri (dalam sesuatu);
~ papan = ~ pot [Kedah] orang yang tidak tahu malu;
~ pintu ambang pintu;
~ selamba muka yang tidak berubah-ubah (sama ada sedih, riang, dan lain-lain);
~ taip
a)
permukaan cetakan bagi sesuatu jenis taip;
b) reka bentuk permukaan jenis taip tertentu;
~ tarpal = ~ tebal = ~ tembok tidak bermalu;
~ bagai ditampal dengan kulit babi (peribahasa) hal orang yang tidak tahu malu;
~ berpandangan, budi berkedapatan, kasih bagai selama juga (peribahasa) kejahatan yang dilakukan oleh seseorang kepada orang lain sungguhpun diketahui tetapi tidak dihiraukan;
~ licin, ekor (penuh) berkudis (peribahasa) orang yang pada lahirnya banyak wang tetapi sebenarnya banyak hutang;
buruk ~, cermin dibelah (peribahasa) kerana buruk keadaan diri, orang lain yang disalahkan;
mengambil ~ (peribahasa) membuat-buat laku baik atau manis supaya disayangi orang;
tarik ~ dua belas (peribahasa) hal orang yang sangat kecewa, kelihatan selalu kesal;

di muka
1. hadapan muka, dengan terang-terang:
kalau berani jangan di belakang tetapi ~ ;

2. di hadapan, di depan;
~ umum di khalayak ramai;

3. dahulu, pendahuluan;
~ puasa menjelang puasa;
wang ~ cengkeram;

ke muka maju ke hadapan, mara;
sekarang ~ dari masa ini hingga seterusnya;

mengemukakan
1. membawa ke hadapan atau ke muka;

2. mengetengahkan (sesuatu pendapat dan lain-lain supaya dipertimbangkan), memberi pendapat berkenaan sesuatu:
kertas kerja ini disediakan dan dikarang dengan teliti oleh kementerian yang ~ perkara yang hendak dibincangkan itu;

3. mencadangkan (supaya diterima), mengusulkan:
pengundi hanya dapat mengundi calon yang dikemukakan oleh parti, calon lain tidak ada;

4. menyampaikan (pertanyaan, tuntutan, permohonan, dan lain-lain):
ia sendiri masih malu hendak ~ pertanyaan ini kepada Maskam;

5. [kiasan] menceritakan, mengisahkan (sesuatu hal dan lain-lain):
Nora ~ kisah dirinya dan pengalamannya dalam kelima-lima cerpennya itu;

terkemuka terkenal, ternama:
dia memang orang yang ~ dalam kampungnya dan disegani dalam daerahnya;

muka-muka;
dengan ~ tidak tulus ikhlas, pada zahirnya sahaja;

semuka sama mukanya, berhadapan muka;

bersemuka berhadapan muka (dengan), bertemu muka (dengan):
belum pernah ia ~ dengan orang yang mahu menjawab selekas itu;
pertemuan ~ boleh menimbulkan masalah;

menyemukakan menemukan berhadap-hadapan, membuat supaya berhadapan muka;

bermuka memiliki (mempunyai) muka, ada mukanya;
~ dua ki suka belot, tidak jujur;
~ dinding (kayu, papan, tebal, tembok) orang yang tidak bermalu;
~ manis memperlihatkan muka yang manis;
tidak ~ [kiasan] malu;

bermuka-muka
1. berhadapan muka, di depan muka;

2. [Indonesia] secara terus-terang, tidak bersembunyi-sembunyi (melakukan sesuatu dan lain-lain);

3. tidak dengan ikhlas, hanya pada lahirnya sahaja, berpura-pura:
isteri mudanya itu pandai ~ sebab itulah apa sahaja hajatnya dapat belaka;

4. beberapa atau banyak muka (surat):
ucapannya ~ panjangnya;

permukaan bidang di sebelah atas yang rata (air, meja, dan lain-lain), muka, paras;
~ laut muka laut;

berpermukaan mempunyai permukaan:
kawasan yang ~ konkrit;

pengemukaan perihal (perbuatan dan sebagainya) mengemukakan:
nama beliau sering dihubungkan dengan ~ aspek kelemahan karya;

pemuka pemimpin, pembimbing, penganjur.

berkongsi