luap

meluap
1. mengembang kerana mendidih, meruap:
nasi itu telah ~;

2. tumpah kerana sangat penuh, melembak, melimpah:
pada musim hujan lebat, air sungai itu ~;

3. makin bertambah-tambah (perasaan, kemarahan, semangat, dan sebagainya), menghebat, menjadi-jadi, menyala-nyala:
tiba-tiba datang keinginan yang ~ hendak pulang ke kampung halaman;

meluap-luap bergelora dengan amat sangat (berkenaan (dengan) perasaan, semangat dan sebagainya), berkobar-kobar, berapi-api:
timbul ~ kemarahannya terhadap budak itu;
rasa bencinya terhadap penjajah ~;
azamnya untuk menjadi seorang pemuzik profesional ~;

meluapkan menjadikan meluap:
perasaan geram dan tidak puas hati jika dipendamkan boleh ~ perasaan marah;

luapan hasil perbuatan meluap(kan):
~ amarah yang membuak dalam dadanya sudah dapat ditenangkan;

peluapan perbuatan meluapkan:
~ semangat muda Mat Yasin.

berkongsi