bau I

sesuatu yang tercium oleh hidung (seperti wangi, hanyir, dan lain-lain):
sambil berjalan, ia menghidu-hidu ~ wangi di kemejanya;
~ setahun pelayaran
sangat busuk baunya;
~ daun semberu [Kelantan] kaum kerabat yang jauh;
ada ~-~ bacang ada pertalian saudara (tetapi sudah jauh);
sudah tercium ~nya ki mulai dikesan (rahsia, kejahatan, dan lain-lain);
~ busuk tidak berbangkai (peribahasa) fitnah (celaan) yang tidak beralasan;
ayam terlepas, tangan ~ tahi (peribahasa) orang yang hendak mencemarkan seorang gadis tetapi tidak sampai maksud hanya beroleh malu;
jauh ~ bunga, dekat ~ tahi (peribahasa) berkasih-kasihan itu lebih kekal dari jauh daripada berdekatan;
umpama kesturi, kerana ~ hilang nyawanya (peribahasa) orang yang menunjukkan sesuatu yang berharga kepada orang yang tidak dapat dipercayai hingga mendapat bencana sendiri;

sebau
1. serupa baunya;

2. [kiasan] agak serupa (sifatnya dan sebagainya), sesuai dengan, sejenis;
seragam ~ sejenis (sama sifatnya), bersesuaian (antara satu sama lain);

berbau
1. mempunyai bau (busuk), mengeluarkan bau (busuk):
janganlah kain-kain dan sarung bantal terbiar kotor dan ~;

2. tercium bau, terhirup bau:
dari jauh ~ olehku asap setanggi;

3. bersifat, mempunyai unsur:
pidatonya itu ~ perkauman;

4. [kiasan] mulai dikesan (rahsia, kejahatan, dan lain-lain);
~ dua (peribahasa) dikatakan kepada orang yang telah berbuat kesalahan secara sulit;
bakar tiada ~ (peribahasa) menyatakan tidak percaya pada cerita orang;
bersuris bagai pasir, ~ bagai membacang (peribahasa) kejahatan yang sudah cukup bukti dan keterangan;
tiada ~ telunjuk saya (peribahasa) menyatakan tidak percaya pada sesuatu cerita (khabar dan lain-lain);

membaui
1. mencium-cium (bau), menghidu-hidu (bau):
anjing itu ~ bangkai;

2. menyelidiki secara sulit, merisik, mengesani:
mereka sampai ke tempat persembunyian yang tidak dapat dibaui oleh Jepun;

terbau
1. tercium bau, terhidu bau:
~ oleh sang kancil harimau datang;

2. diketahui (orang), terbongkar:
akhirnya ~ juga apa yang telah dibuatnya;

bauan, bau-bauan segala yang berbau wangi, minyak wangi atau bunga yang harum dan lain-lain:
banyak digunakan kayu gaharu, setanggi, kemenyan dan jenis ~ lain;

pembau (Biologi) deria badan yang berfungsi untuk membaui sesuatu:
saluran ini menggunakan deria sentuhan, rasa, dan ~.

berkongsi