pelopor

1. orang yang berjalan di hadapan (dalam perarakan dan lain-lain), orang yang berjalan dahulu (untuk meninjau atau melihat-lihat), pemimpin, penganjur, peninjau:
pegawai-pegawai dan kakitangan Jabatan Penerangan merupakan ~ dalam tugas menyatupadukan rakyat menghadapi ancaman dari dalam dan luar negeri;

2. orang yang mula-mula mengusahakan (mewujudkan) sesuatu, perintis jalan, pengasas:
di Filipina kaum intelek yang berpendidikan Barat menjadi ~ nasionalisme, politik, dan kebudayaan;

3. pasukan perintis (tentera dan lain-lain) yang bergerak di hadapan sekali;

4. (Biologi) bahan pemula dalam pembentukan sesuatu sebatian;
mempelopori, memelopori
1. mendahului (dalam pekerjaan, perjalanan, dan lain-lain), memimpin, mengepalai:
komplot itu khabarnya dipelopori oleh beberapa orang pemimpin Pergerakan Pemuda negeri;
aku sendiri mahu ~ membuka dusun durian, dusun manggis yang moden dan besar;

2. merintis atau membuka jalan (untuk):
sejarah perkembangan politik Indonesia sejak mula-mula lagi dipelopori oleh mahasiswa dan pelajar sekolah tinggi;

kepeloporan perihal (kebolehan, keupayaan) sebagai pelopor:
kegigihan dan semangat ~ pemimpin masyarakat Melayu.

berkongsi