1. belas kasihan, timbang rasa, kasih:
jikalau ada ~ Duli Yang Dipertuan, patik hendak bermohonlah kembali ke Inderagiri;
dengan ~ Allah dengan kasih (Rahim) Allah;
2. anugerah, pemberian (daripada Allah atau raja) sebagai tanda kasih:
hidangan nasi diangkat orang ke tengah balai sebagai ~ ayapan baginda;
mengurniai menganugerahi, memberi, menghadiahi (kerana menunjukkan kasih dan lain-lain), menyatakan kasih kepada:
maka Tun Bija dengan segala kawannya semua dikurniai betara persalin;
manusia dikurniai Allah berbagai-bagai kepandaian;
mengurniakan menganugerahkan, memberikan (kerana menunjukkan kasih atau penghargaan):
Tuhan yang ~ ilmu kepada manusia;
lalu dikurniakan oleh baginda wang yang sebanyak permintaan Pak Kaduk itu;
kurniaan anugerah, kurnia:
~ bintang-bintang kehormatan semuanya atas nama baginda;
pengurniaan perihal atau perbuatan mengurniakan:
upacara ~ bintang-bintang kehormatan;
pengurnia yang mengurniakan sesuatu:
Allah Yang Maha Besar dan Penyayang, P~ segala nikmat dan kesenangan kepada sekalian hamba-Nya.