hampa

1. kosong, tidak berisi:
ketika pagi hari dilihatnya lukahnya ~;
padi yang ~ itu dibuangkan;

2. = ~ hati [kiasan] kecewa:
alangkah ~ hatinya apabila orang yang ditunggunya tidak kunjung tiba;

3. [kiasan] tidak ada hasil, sia-sia, gagal:
rombongan peminangan itu pulang dengan ~ kerana peminangan mereka ditolak;
dengan tangan ~
tidak berhasil, tidak mendapat apa-apa;

4. [kiasan] tidak berilmu, bodoh, dungu:
tidak ada gunanya bertanya pada orang yang ~;
~ beras
butir-butir padi yang tidak berisi;
~ berat padi yang tidak cukup penuh isinya (hujung padi);
~ hati gagal, kecewa;
~ udara [Indonesia] tidak berisi udara;
yang ~ biar terbang yang bernas biar tinggal (peribahasa) yang tidak berguna itu biarlah hilang tetapi yang baik biarlah tinggal;

berhampa ~ tangan tidak mendapat apa-apa (hasil);

menghampakan
1. mengosongkan:
perahunya itu dihampakannya dan diperbaikinya;

2. membiarkan (pulang dan lain-lain) dengan tangan hampa, mengecewakan;

3. menimbulkan rasa hampa:
mati yang ~;

kehampaan
1. perasaan kecewa (kerana tidak mendapat, menemui, mencapai dan sebagainya sesuatu yang dihajati atau dicita-citakan), kekecewaan:
kebanyakan para orientalis menyatakan ~ mereka terhadap kekurangan tradisi kesusasteraan Islam;
ia pergi dalam ~;

2. [kiasan] ketiadaan pengetahuan, kebodohan, kedunguan.

berkongsi