rantau I

1. = rantauan pantai sejauh teluk (sungai), pesisir:
berkelana sepanjang ~;
anak (orang) ~

a) orang pesisir;
b) orang dagang, orang asing;
ceruk ~ segala pelosok (daerah);
teluk ~ = teluk dan ~ = daerah ~ daerah dan takluknya;

2. daerah (negeri) di luar daerah (negeri) sendiri, negeri asing, negeri tempat mencari penghidupan:
ia telah meninggalkan kampung halaman dan membawa hidup di ~ orang dengan berserah kepada suratan takdir;
siapa gerangan yang pulang dari ~?;
tanah ~
negeri lain (asing);

3. daerah, kawasan (yang luas):
penambahan tentera negeri itu boleh membahayakan keamanan di ~ ini;
yang ia tahu ia masih dalam lingkungan bandar London, tetapi di mana ~ nya dan apa nama tempatnya, tidak ia ketahui;
~ jauh diulangi, ~ dekat dikendanai
(peribahasa) harta benda (jauh mahupun dekat) hendaklah dijaga supaya terselamat;
~ jauh tidak terulangi, ~ dekat tidak terkendanai (peribahasa) perihal seseorang yang sangat tua yang tidak terturuntukan lagi oleh sanak saudaranya;
segan bergalah hanyut se~ (peribahasa) kalau malas berusaha bencanalah akibatnya;
teluknya dalam, ~nya sakti (peribahasa) sukar dialahkan;

serantau dalam satu rantau (melewati beberapa buah negara pesisir pantai yang berhampiran dengan sesebuah negara seperti Malaysia dengan negara-negara di Asia Tenggara):
kerjasama ekonomi ~;

keserantauan perihal berada dalam keadaan serantau:
semangat ~;

merantau
1. berjalan, belayar, atau mengembara (mencari penghidupan dan lain-lain) di sejauh rantau (dari sungai ke sungai dan lain-lain):
esok subuh-subuh aku ~ lagi;

2. pergi ke negeri lain (kerana mencari penghidupan):
sejak aku ~ di negeri orang, sejak itu aku tidak bertemu dengannya;
~ di hujung bendul = ~ di sudut dapur
(peribahasa) pergi mencari penghidupan ke negeri yang tidak berapa jauh;

perantauan
1. negeri lain tempat mencari penghidupan, daerah (negeri) yang didiami oleh orang luar (orang yang datang dari negeri lain):
kalau layu selasih di kanan, alamatnya aku sakit di ~;
orang ~

a) orang yang mencari penghidupan ke negeri lain, orang asing (luar);
b) pengembara, kelana;

2. perjalanan:
moga-moga engkau akan selamat dalam ~mu;
ia berpesan juga supaya anak muda itu memberi khabar dalam ~nya;

perantau
1. orang asing, pengembara, kelana;

2. orang yang pergi ke negeri lain, orang yang mencari penghidupan di negeri lain (negeri orang):
kira-kira tujuh puluh tahun yang lalu, tibalah di negeri ini sekumpulan orang ~ dari Minangkabau.

berkongsi