porak-peranda

1. (keadaan) tidak tenteram (huru-hara dan sebagainya), kucar-kacir:
kampung kami yang aman damai menjadi ~;
masalah ini boleh mengakibatkan ~ dalam masyarakat;
ada juga yang menganggap isu itu sebagai punca berlakunya ~ dan keruntuhan sesebuah rumah tangga;

2. cerai-berai, berserak;

memporak-perandakan menjadi porak-peranda (kacau-bilau, kucar-kacir, morat-marit):
perbuatan itu akan melahirkan permusuhan dan boleh ~ masyarakat;

keporak-perandaan perihal porak-peranda.

berkongsi