pincang I

1. tempang (kaki atau jalannya), incut;

2. ada kekurangannya (cacatnya dan lain-lain), tidak seimbang, tidak setimpal, tidak sebagai yang sepatutnya (keadaan dan lain-lain):
manusia terjepit kerana susunan masyarakat yang kucar-kacir dan ~ itu;

3. tidak tetap peraturan jalannya atau bunyinya (enjin kereta, jam, dan lain-lain);
~-pincung tidak teratur (perjalanannya);

memincangkan menyebabkan pincang:
beramal tanpa ilmu boleh merosakkan diri dan berilmu tanpa amal akan ~ hidup;

kepincangan
1. perihal pincang:
sebetulnya ~ ekonomi dan sosial di Eropah menyebabkan separuh negeri di sana condong kepada komunis;

2. keadaan yang tidak seimbang atau tidak sebagai yang sepatutnya, kekurangan, cacat cela.

berkongsi