pesan

1. amanat (nasihat, permintaan, suruhan, dan lain-lain) yang diterima (diteruskan kepada orang lain):
ia teringat ~ ayahnya supaya surat itu jangan diberi kepada tangan orang lain;
ada ditinggalkan ~ sebelum ia berangkat tadi;

2. amanat (nasihat, wasiat, dan lain-lain) yang penghabisan daripada orang yang akan meninggal:
emaknya yang baru mati tidak sempat meninggalkan apa-apa ~ kepadanya;

3. permintaan barang untuk dibeli, tempahan;
~ dituruti, petaruh dimalami, berserah berkehendak hati (peribahasa) mempercayakan sesuatu kepada orang dengan tidak percaya bulat-bulat;

berpesan
1. meminta supaya amanatnya (kehendaknya, nasihatnya, suruhannya, dan lain-lain) diterima atau diteruskan kepada orang, memberi pesan (kepada):
sebelum ia bertolak ia ~ kepada Kak Loyah supaya menjaga anaknya;

2. memberi nasihat (amanat, wasiat, dan lain-lain) ketika hampir akan meninggal:
sebelum ia meninggal ia ~ beberapa kali supaya Dewi berbanyak sabar dan bertenang;

3. membuat permintaan (untuk membeli dan lain-lain barang dagangan), menyuruh membuatkan (menyediakan, mengirimkan), menempah:
Kek, katanya ~, sebelum kuih tiba ia minum seteguk;
~ berturut, harap ada, percaya tidak
(peribahasa) tidak mempercayai sepenuh-penuhnya;

memesan
1. memberi pesan (nasihat, arahan, dan lain-lain):
sejak dari rumah tadi ia sudah ~ anak-anaknya supaya jangan berenggang jauh;

2. meminta supaya dibawakan (dikirim, dibuatkan, dan lain-lain), menempah:
tidak lama kemudian pelayan tadi muncul pula dengan makanan dan minuman yang dipesan;
~ tempat
menempah tempat;

memesani berpesan (memesan) kepada:
maka kata orang yang dipesan itu, Baiklah;

memesankan
1. memesan kepada;

2. memesan (barang dan lain-lain) untuk orang:
sudah saya pesankan tuan buku itu;

3. meminta (menerusi orang lain) supaya datang dan lain-lain:
apa maksud ~ saya ke mari?

pesanan
1. pesan:
~ ibu tidak akan kami lupakan;

2. sesuatu yang dipesan (dipesankan);

pemesanan perbuatan memesan (memesankan);

pemesan orang yang memesan atau menempah (barang dan lain-lain):
~ buku diharap akan mengirim wang harganya sekali.

berkongsi