organisasi

kesatuan (susunan dan sebagainya) yang terdiri daripada bahagian-bahagian (orang dan lain-lain) dalam sesuatu pertubuhan (perkumpulan, perbadanan, dan lain-lain) untuk tujuan-tujuan tertentu (kepentingan bersama dan sebagainya), pertubuhan:
~ kaum wanita;
~ politik;

berorganisasi mempunyai organisasi, tersusun dengan baik dan rapi:
kaum tani mulai ~ dalam gerakan pertahanan rakyat;
kejayaan hidup berkeluarga bergantung pada kejayaan dirinya hidup ~;
keganasan yang dilakukan secara ~;

mengorganisasikan mengatur dalam organisasi, menyusun menjadi kesatuan dan sebagainya yang teratur:
~ badan politik;

pengorganisasian perihal (proses) mengorganisasikan sesuatu:
institusi itu menitikberatkan ~ ilmu.

berkongsi