naik

1. bergerak ke atas:
asap ~ ke udara;
bulan ~
dari satu hari bulan hingga lima belas hari bulan (bulan sabit hingga bulan penuh);
tegak ~
a) matahari mulai tinggi (lebih kurang pukul 9.30 pagi);
b) sudah mulai besar (budak yang berumur lebih kurang 15 tahun);

2. bergerak ke tempat yang lebih tinggi, mendaki, memanjat, masuk ke rumah (ikut tangga):
maka ia pun berjalanlah, ~ bukit turun bukit hingga ke suatu padang yang luas;
dengan segera pintu dibuka oleh isterinya, dan ia pun ~ cepat-cepat;

3. mengenderai (kuda, kereta, dan lain-lain), masuk ke kenderaan:
~ kereta ke Pulau Pinang;
~ lif ke tingkat empat;

4. bertambah tinggi (mahal, besar, banyak, dan lain-lain) daripada yang mula, bertambah, meningkat:
~ dan turunnya jualan tuan pada tiap-tiap bulan terpulanglah kepada kecekapan tuan mengurus perniagaan;
semua harga barang ~;
kalau pangkat ~ gaji pun akan ~;

5. tumbuh menjadi besar (tinggi dan lain-lain):
padi sedang ~;

6. menjadi, berubah menjadi:
air mukanya dengan serta-merta ~ merah padam, dengan itu aku ~ pelik pula;

7. kembang atau mengembang (berkenaan (dengan) adunan kuih):
pukul telur sehingga ~;
biarkan adunan roti itu ~ ;
~ angin
= ~ kepala angin tidak dapat mengawal diri kerana sangat marah dan lain-lain;
~ apel = ~ banding [Indonesia] memohon ke pengadilan yang lebih tinggi;
~ basuh kaki tidak diperlukan mengongkosi perbelanjaan kenduri kahwin (berkenaan (dengan) pengantin laki-laki);
~ besar sudah mulai besar (anak-anak);
~ darah (menjadi) marah;
~ darat naik ke darat (turun dari kapal);
~ darjat menjadi tinggi darjatnya;
~ daun
a) mendapat (keuntungan atau kesenangan);
b) bernasib baik atau beruntung (dalam perjudian dan lain-lain);
~ gaji mendapat gaji yang lebih tinggi;
~ gembira [sastera lama] menjadi gembira (berani, suka berkelahi, dan lain-lain);
~ geram menjadi marah;
~ gila
a) menjadi gila;
b) terlalu asyik akan sesuatu;
~ haji pergi ke Mekah menunaikan rukun Islam yang kelima;
~ harga menjadi mahal (berharga lebih daripada biasa);
~ hati menjadi girang (sombong);
~ kapal
a) mula naik ke kapal;
b) belayar dengan kapal, menumpang kapal;
~ kelas [Indonesia] meningkat ke darjah yang lebih tinggi;
~ (di, di atas) kepala berbuat sesuatu yang melampaui batas;
~ lemak menjadi terlalu manja (dan melampau perbuatannya);
~ marah bangkit marahnya, menjadi marah;
~ mempelai
a) menjadi pengantin, berkahwin;
b) pertama kali tidur dengan isteri;
~ merik [Indonesia] bertambah besar kehormatannya;
~ minyak menjadi marah (dan mengganas atau menyerang), naik radang;
~ nobat [Minangkabau] menjadi pengantin, berkahwin;
~ palak
a) menjadi panas hati, meradang;
b) berasa tidak senang, susah;
~ panas menjadi marah;
~ pangkat mendapat jawatan yang lebih tinggi;
~ pelamin [Minangkabau] menjadi pengantin;
~ pitam
a) mendapat pitam (menjadi pening);
b) menjadi marah atau panas hati;
~ radang meradang;
~ raja [sastera lama] menjadi raja;
~ saksi
a) menjadi saksi (di pengadilan);
b) mengaku (benar dan lain-lain);
~ semangat bertambah semangat (bertambah berani dan lain-lain);
~ seri kelihatan manis, berseri dan sebagainya selepas disolek, diandam dan sebagainya;
~ setum [Indonesia] [bahasa percakapan] menjadi marah;
~ syeikh [bahasa percakapan] lupa diri, hilang pertimbangan;
~ takhta ditabalkan menjadi raja;
~ tangan beruntung, bertuah;
~ tocang [bahasa percakapan] besar kepala, lupa diri, menjadi manja dan melampau perbuatan;
bulan ~, matahari ~ (peribahasa) mendapat untung dan bahagia kiri kanan;
~ dari janjang, turun dari tangga (peribahasa) membuat sesuatu pekerjaan menurut aturannya;
~ melompat, turun terjun = ~ membilang anak tangga, turun selangkah jejaklah ke bumi = ~ seperti semut, turun seperti ribut (peribahasa) hendak memperoleh kejayaan selalunya lambat, tetapi hendak jatuh mudah sekali;

menaik bergerak ke atas:
kelok tersebut ~ semula;

menaik-naik [bahasa percakapan] makin naik, menjadi-jadi:
kebosanannya itu mulai ~ apabila suaminya tidak pulang-pulang;

menaiki
1. memanjat, mendaki:
~ gunung;
~ takhta
menjadi raja, mulai memerintah sebagai raja;

2. pergi dengan kenderaan, mengenderai, menunggang:
kenderaan apa yang akan engkau naiki untuk ke Pulau Pinang?

3. memasuki rumah (dengan menggunakan tangga):
rumah itu telah dinaiki pencuri;

4. mulai mendiami rumah (baru);

menaikkan
1. menjadikan naik (tinggi), meninggikan:
~ layang-layang;
~ bendera;

2. membawa ke tempat tinggi:
maka Seri Rama dan Sita Dewi pun dinaikkan oranglah ke atas gunung-gunungan;

3. meletakkan ke atas kenderaan (kereta, gajah, perahu, dan lain-lain):
akan Semar dan Jemuras pun ~ perbekalannya ke atas kudanya;
kuli-kuli sedang ~ barang ke kapal;

4. menjadikan lebih tinggi (pangkat, gaji, taraf hidup, dan lain-lain);

5. menjadikan bertambah tinggi (semangat, kemarahan, dan sebagainya):
kata-kata perangsang itu ~ semangatnya untuk belajar bersungguh-sungguh lagi;
~ cukai
meninggikan cukai;
~ darah menyebabkan jadi marah;
~ gaji meninggikan atau menambah gaji;
~ harga meninggikan harga;
~ pangkat meninggikan pangkat;
~ semangat membesarkan semangat (memberanikan, menggembirakan);

6. menjadi naik (kembang, berkenaan adunan kuih, dan sebagainya):
serbuk penaik dicampurkan untuk ~ adunan kuih itu;

naik-naikan [Indonesia], [bahasa percakapan] waktu murid naik darjah;

kenaikan
1. sesuatu yang dinaiki, kenderaan:
apabila ~nya itu berhenti di hadapannya, dia pun menaikinya;

2. perihal naik (pangkat, gaji, hasil pertanian, dan lain-lain), naiknya:
bilangan pegawai akan ditambah dan ~ pangkat akan dimudahkan;

penaikan perihal atau perbuatan menaikkan;

penaik bahan ~ bahan yang digunakan untuk menaikkan adunan kuih (seperti serbuk penaik dan sebagainya);
~ darah orang yang lekas marah, pemarah.

berkongsi