1. berjaya (dalam perlawanan, peperangan, dan lain-lain), berhasil mengalahkan (musuh, saingan), mendapat kejayaan:
barang siapa ~ dialah menjadi raja;
2. keuntungan atau ganjaran kerana berjaya mengalahkan musuh dan lain-lain:
berapa ~ orang itu berjudi?
3. lulus (dalam peperiksaan), beroleh hadiah (dalam pertandingan, peraduan, dan lain-lain);
4. tidak kalah (kurang) daripada, lebih daripada;
alah ~ tak tahu, bersorak boleh (peribahasa) tidak masuk campur dalam perlawanan (perbantahan dan lain-lain);
alah sabung (main), ~ sorak (peribahasa) biarpun kalah, cakap besar juga;
memenangi
1. beroleh menang (dalam perlawanan dan lain-lain), berhasil atau berjaya mengalahkan:
kanak-kanak yang lemah tidak akan berpeluang ~ permainan itu;
2. mendapat kejayaan atau hadiah dalam pertandingan (peraduan dan lain-lain):
novel karangannya telah ~ Peraduan Novel Dewan Bahasa dan Pustaka tahun 1962;
3. [kiasan] mendapat, memperoleh, memiliki:
Badrul yakin bahawa dia dapat ~ hati perempuan itu;
memenangkan
1. menyebabkan (menjadikan) menang:
barang diberi Allah umur panjang serta dimenangkan Allah daripada segala musuhnya;
2. menganggap satu pihak sahaja yang menang, memihak (menyebelah) kepada:
mereka bertiga sahajalah yang selalunya ~ Masinah;
kemenangan
1. perihal menang:
satu keramaian yang besar telah diadakan di kota itu untuk merayakan ~ tersebut;
~ percuma kemenangan yang diperoleh tanpa bertanding (kerana pihak lawan gagal atau enggan memenuhi peraturan pertandingan dan lain-lain);
2. kelebihan, keunggulan:
~ moral;
pemenang orang (pihak dan lain-lain) yang menang.