kampung

1. kawasan kediaman (terdiri daripada sekumpulan rumah dan lain-lain) di luar bandar, desa, dusun:
~nya terletak kira-kira 12 km dari Kuala Lumpur;
(ketua) kepala ~
orang yang menjadi ketua kepada penduduk kampung;
orang ~
a) penduduk kampung;
b) orang yang tidak moden (masih berpegang pada kebiasaan atau tradisi lama);
rumah ~ rumah yang reka bentuknya (buatannya dan sebagainya) seperti yang lazimnya terdapat di kampung;
tanah ~ tanah yang terletak di kawasan kampung (bukan tanah di kawasan perbandaran);

2. kawasan dalam bandar tempat sesuatu kaum tinggal berkelompok:
~ Cina;
~ Melayu;

3. [kiasan] tidak moden, agak kolot:
datuknya masih ~;

4. bukan dihasilkan (dipelihara dan lain-lain) dengan cara pengurusan moden, terpelihara (terhasil, terjaga, dan lain-lain) cara kampung;
anjing ~ anjing liar yang tidak dipelihara;
ayam ~ ayam yang dipelihara dengan cara biasa di kampung;
kopi ~ kopi yang bukan dari ladang (perkebunan dan sebagainya);
~ dunia dunia yang dilihat sebagai sistem yang bersepadu keseluruhannya yang semua bahagiannya saling bergantungan;
~ halaman (laman) kampung tempat lahir;

berkampung berhimpun, berkumpul:
malam tadi kita ~ adik-beradik serta saudara-mara;
sekalian rakyat pun ~lah;

mengampungkan menghimpunkan, mengumpulkan:
kampungkanlah segala rakyat;

kampungan 1. ada kaitannya dengan kebiasaan, tradisi, dan sebagainya yang terdapat di kampung:
yang menarik tentang Ngoyang ialah mitos dan nilai tradisi teater ~ yang wujud di dalamnya;

2. [kiasan] tidak moden, kuno:
akronim mesti membentuk nama yang indah yang tidak ~;

kekampungan bersifat kampung (penghidupan, keadaan, adat resam, dan lain-lain), (masih) berasaskan kebiasaan (tradisi dan sebagainya) yang dipegang atau diikut penduduk kampung:
ia mencemuh cara hidup kita yang dianggapnya ~;

perkampungan
1. mengenai (berkaitan dengan) kampung:
pegawai ~;

2. kelompok (kumpulan) kampung:
daerah ~; mereka dibawa ke kawasan ~ baru;

3. tempat berkampung (berhimpun):
sesudah dua hari berjalan kaki, sampailah kami ke ~ bala tentera itu;

4. sekelompok, sekumpulan.

berkongsi