hari

1. masa dari matahari terbit hingga matahari terbit sekali lagi (masa sekali bumi berpusing pada paksinya, 24 jam):
ada tujuh ~ dalam seminggu;
~ Ahad (Minggu), ~ Isnin, ~ Selasa, ~ Rabu, ~ Khamis, ~ Jumaat, dan ~ Sabtu;

2. = siang ~ masa dari matahari terbit hingga matahari terbenam:
dua ~ dua malam;
hari ini kami bekerja setengah ~;
tengah ~
waktu ketika matahari sangat tinggi;

3. bahagian dari masa antara matahari terbit hingga matahari terbit sekali lagi:
malam ~ bahagian sebelah malam;
pagi ~ bahagian sebelah pagi;
petang ~ bahagian sebelah petang;

4. keadaan (alam, cuaca, udara, dan lain-lain):
kerana ~ hujan, dia tidak keluar rumah;
apabila aku balik dari hutan, ~ pun sudah malam;

5. masa kerja dalam satu hari:
dia mendapat gaji tiga ringgit satu ~;
gaji ~
gaji berdasarkan bilangan hari seseorang itu sebenarnya bekerja;

6. masa yang lalu atau yang akan datang:
dia telah membeli sebuah rumah untuk ~ tuanya;
belakang (kemudian) ~
masa yang akan datang;
tempoh ~ dahulu;
~ acara [Indonesia] [arkaik] hari diadakan pemeriksaan perkara;
~ akhirat = ~ kemudian masa sesudah berakhirnya kehidupan di dunia yang ada sekarang ini;
~ Asyura hari yang kesepuluh bulan Muharam;
~ baik bulan baik Hari Raya (Krismas bagi orang Kristian, Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji bagi orang Islam, perayaan Tahun Baru bagi orang Cina, Deepavali bagi orang India, dan sebagainya);
~ bapa hari (pada Ahad ketiga dalam bulan Jun) untuk mengenang atau memperingati jasa bapa;
~ batal [arkaik] = ~ jatuh [Indonesia] waktu yang ditentukan sebagai had yang terakhir bagi membuat sesuatu tuntutan dan lain-lain;
~ besar hari yang dirayakan kerana memperingati sesuatu peristiwa penting;
~ bulan tanggal, tarikh;
~ Buruh hari cuti am sebagai penghormatan kepada kaum buruh;
~ depan (nanti) masa yang akan datang;
~ gaji hari para pekerja dibayar gaji atau upah, misalnya pada akhir setiap bulan dan sebagainya;
~ guru hari (pada 16 Mei) yang disambut untuk mengenang atau memperingati jasa guru;
~ ibu hari (pada Ahad kedua dalam bulan Mei) untuk mengenang atau memperingati jasa ibu;
~ ibu bapa hari perayaan sekolah (ibu bapa dijemput);
~ jadi = ~ lahir hari memperingati lahirnya seseorang;
~ Jumaat Besar [Indonesia] hari kematian Jesus;
~ kebangkitan hari apabila manusia dibangkitkan (daripada mati) untuk dihisab segala amalannya dan diberi pembalasan;
~ Kebangsaan hari (yang tertentu tarikhnya) yang dirayakan oleh seluruh rakyat sesebuah negara sebagai memperingati kemerdekaan dan sebagainya;
~ kelepasan = ~ libur hari cuti, hari rehat;
H~ (Memperingati) Kekasih hari (pada 14 Februari) yang diraikan oleh pasangan kekasih, suami isteri dan sebagainya, yang juga dikenali sebagai Valentines Day; ~ Kemerdekaan = ~ Merdeka hari menyambut atau memperingati kemerdekaan negara;
~ keputeraan hari lahir (nabi, raja);
~ kerja hari orang biasanya bekerja (bukan hari cuti atau hari minggu);
~ lebaran [Indonesia] Hari Raya;
~ mahsyar = ~ hisab hari diperhitungkan segala dosa dan pahala manusia di akhirat;
~ matahari hari yang panjangnya ditentukan oleh matahari;
~ muka hari depan;
~ Natal hari jadi Jesus;
~ Pahlawan hari memperingati pahlawan yang terkorban;
~ pembalasan hari apabila manusia menerima balasan atas segala amalan baik dan buruk di dunia;
~ penamaan (calon) (Undang-undang) hari yang ditetapkan untuk menamakan calon pilihan raya;
~ perniagaan hari berlakunya urusan atau kegiatan perniagaan;
~ Raya
a) = ~ Raya Puasa (Aidilfitri) hari yang dirayakan sesudah puasa (pada 1 Syawal);
b) = ~ Raya Haji (Korban) = ~ Raya Aidiladha hari besar Islam yang dirayakan pada 10 Zulhijah (selepas berhenti di Arafah);
~ sekolah hari waktu bersekolah;
~ syak hari yang mungkin 30 Syaaban dan mungkin juga 1 Ramadan (belum pasti mula wajib berpuasa bagi orang Islam);
~ tasyrik hari yang disunatkan menyembelih korban (11, 12 dan 13 Zulhijah);
~ tua masa seseorang sudah tua;
~ ulang tahun hari yang bertepatan dengan hari bulan dan bulan seseorang dilahirkan, atau sesuatu (perkahwinan, penubuhan organisasi dan sebagainya) berlaku:
~ ulang tahunnya adalah pada 1 Januari;
pasangan itu menyambut ~ ulang tahun perkahwinannya yang ke-50;
~ wuquf
hari jemaah haji berhimpun di padang Arafah (9 Zulhijah);
~ baik (pagi) dibuang-buang, ~ buruk (petang) dikejar-kejar (peribahasa) membiarkan peluang yang baik berlalu, kemudian apabila sudah terlambat baru terkejar-kejar;
ada ~ ada nasi (peribahasa) selalu akan beroleh rezeki sekiranya masih hidup;
ia sepanjang ~ janji sepanjang jalan (peribahasa) mudah mengucapkan janji tetapi sukar menepatinya;

sehari satu hari;
~ dua satu atau dua hari, beberapa hari;
~ suntuk sepanjang hari;
~ tumbas [Kelantan] sehari suntuk;
raja ~ pengantin (pada hari perkahwinan);

seharian sepanjang hari (dari pagi hingga petang), sehari suntuk, sehari-harian:
doh itu dipotong dan dijemur ~ hingga benar-benar kering sebelum dibungkus;
kadang-kadang doktor sendiri tidak makan ~;

sehari-hari tiap-tiap hari, saban hari:
barang keperluan ~;

sehari-harian seharian:
dia merasa tersangat letih selepas bekerja ~;

berhari ~ minggu bersenang-senang pada hari minggu;
~ raya merayakan Hari Raya dan lain-lain;

berhari-hari beberapa hari:
kadang-kadang dia pergi ~ lamanya;

berhari-harian beberapa hari penuh:
buruh yang mogok berpiket ~;

harian
1. setiap hari;
buku (catatan) ~ buku untuk dituliskan catatan hari-hari;
buruh (pekerja) ~ buruh yang dibayar mengikut berapa hari dia sebenarnya bekerja;
catatan ~ catatan tentang apa yang berlaku setiap hari;
Maktab (Pusat) Latihan ~ maktab (pusat) latihan guru-guru sekolah rendah;
pengurus ~ [Indonesia] pengurus yang mengerjakan urusan hari-hari;
perintah ~ pemberitahuan panglima kepada pasukan-pasukannya;
suhu ~ hitung panjang suhu tiap-tiap hari;

2. (diterbitkan) setiap hari (berkenaan (dengan) akhbar):
~ Utusan Melayu;

perharian hal mengira bilangan hari.

berkongsi