bergeser
1. = bergeseran bergeselan, bergosokan, bersentuhan:
derauan hujan berselang-selang dengan bunyi desiran daun-daun kayu ~;
2. berengsot, beralih tempat:
dia tidak ~ dari tempatnya;
menggeser menggesel, menggosok:
lututnya luka kerana ~ simen;
menggeserkan mengalih, menolak (menarik) supaya berengsot:
~ kerusi sedikit ke belakang;
tergeser tergesel;
~ kena miangnya, terlanggar kena rebasnya (peribahasa) sifat orang berkuasa (orang kecil itu tidak boleh sedikit pun bersalah kepadanya);
geseran
1. geselan, gesekan;
2. (Linguistik) bunyi desis yang dihasilkan apabila udara melalui ruang yang sempit (seperti [s]);
pergeseran
1. pergesekan;
2. perselisihan, pertelingkahan:
sebarang ~ dalam parti tidak boleh dianggap sebagai jalan ke arah keretakan;
di sini terjadi pula ~ makna sesuatu kata;
3. pertukaran tempat, peralihan tempat;
penggeseran perihal (perbuatan dan sebagainya) menggeserkan.