gosok, geser;
bergesel bersentuh (dengan), bergosok (dengan), kena-mengena:
makan minum terpaksa bersama-sama, kadang-kadang ~ badan; ~ bahu berhubungan erat, bergaul, bergandingan;
bergeselan saling bersentuhan;
gesel-menggesel saling menggesel;
menggesel menggeser, menggosok:
bola putih itu ~ bola biru;
menggeselkan menggeserkan, menggosokkan:
apabila tanduknya mula tumbuh, rusa itu ~nya pada batang-batang kayu;
tergesel tersentuh, tergeser, tergosok;
~ kena miang, tergegar kena rebas (peribahasa) sifat orang berkuasa (orang kecil itu tidak boleh sedikit pun bersalah kepadanya);
pergeselan perihal bergesel:
~ personaliti juga boleh menimbulkan pelbagai masalah;
geselan gesekan, geseran.
berkongsi