celik I

1. (berkenaan (dengan) mata) terbuka:
semalaman itu matanya ~ sahaja, sedikitpun tidak mahu lelap;

2. = ~ mata sedar (insaf) atau timbul kesedaran (keinsafan):
baru ~ mata orang Melaka;

3. boleh melihat, tidak buta;

4. [kiasan] (berkenaan (dengan) matahari) terbit atau keluar:
dari ~ matahari hinggalah ke malam;

5. kenal akan yang benar (betul):
akal yang ~;
hati yang ~;
~ budaya
dapat memahami dan menghayati hakikat budaya:
peningkatan pengetahuan menimbulkan kesedaran ke arah ~ budaya di kalangan masyarakat Amerika;
~ komputer
pandai atau tahu menggunakan komputer;

mencelikkan
1. = ~ mata membuka mata;

2. [kiasan] menyedarkan, menginsafkan:
sudah tiba masanya orang-orang kampung itu dicelikkan;

tercelik [sastera lama] dapat dilihat, kelihatan, tampak:
sekali digosoknya, tiga empat panau ~;

kecelikan perihal atau keadaaan dapat menyedari, mengetahui atau memahami sesuatu perkara, suasana dan sebagainya:
rancangan ini mampu mempertingkat tahap ~ seni di kalangan masyarakat umum.

berkongsi