bandela

himpunan jerami, kertas, dan sebagainya yang dibungkus atau diikat untuk disimpan atau diangkut:
laksamana pun menjunjung anugerah berpuluh-puluh ~ kain dagangan;

pembandela alat untuk membuat bandela;
~ asak alat membuat bandela yang menekan.

bandel

[Jakarta];

membandel tidak mahu menurut, tidak mendengar (kata orang), keras kepala.

bandar raya

bandar yang besar lagi penting (seperti London, Tokyo, Singapura, Kuala Lumpur, dan lain-lain) yang biasanya mempunyai penduduk seramai sejuta orang atau lebih, kota raya.

bandar III

[Indonesia]

1. orang yang dilawan oleh pemain-pemain lain dalam permainan judi (rolet dan lain-lain);

2. ki
a) orang yang mengendalikan sesuatu gerakan secara sulit;
b) orang yang memberi modal dalam pekerjaan-pekerjaan yang tidak baik.

bandar II

= ~ air = bandaran parit, tali air:
~ sawah itu sudah ditutup;
~ sampah
parit tempat membuang sampah;
upah lalu ~ tak masuk (peribahasa) tidak sedikit pun mendatangkan hasil;

membandarkan mengalirkan (air ke);
~ air ke bukit (peribahasa) pekerjaan yang sia-sia.

bandar I

tempat atau pusat yang ramai penduduknya dan terdapat banyak urusan dan perniagaan dijalankan, kota;
~ kembar bandar yang menjalin hubungan istimewa dengan bandar lain, yang biasanya terletak di negara yang berbeza;
~ pelabuhan bandar yang merupakan pelabuhan;
~ satelit bandar atau bandar raya yang bergantung pada industri tempatan tetapi mempunyai perkaitan ekonomi dengan bandar berdekatan yang lebih besar;
~ taman bandar yang pembangunannya dirancang secara sistematik, dihiasi dengan taman rekreasi awam dan pokok yang subur serta dilengkapi dengan kemudahan jalan raya yang lebar;
~ tinggal bandar yang dahulunya maju dan makmur, tetapi kini menjadi lengang dan sunyi;
datuk ~ orang yang mengetuai majlis sesebuah bandar raya;
luar ~ kawasan yang terletak jauh dari kawasan bandar, kampung, desa;
pinggir ~ kawasan di sekeliling kawasan bandar;
pusat ~ kawasan di dalam bandar tempat tertumpunya pejabat-pejabat (bangunan-bangunan kerajaan, gedung membeli-belah, dan sebagainya);
~ terbuka dagangan murah, badan sudah tua (peribahasa) keinginan (pekerjaan) datang waktu kita tidak berwang (lemah);

bandaran segala sesuatu berkenaan bandar:
majlis ~;

kebandaran
1. segala yang berkaitan dengan fungsi, keistimewaan yang ada dalam sesebuah bandar:
keempat-empat negeri ini lebih ~ berbanding dengan tempat-tempat lain di Malaysia;

2. bersifat seperti orang bandar (moden, canggih, dan lain-lain):
gaya hidup golongan elit lebih ~;

membandarkan menjadikan sesuatu (kawasan luar bandar) bersifat bandar;

perbandaran
1. yang berkaitan dengan bandar (pada pelbagai aspek seperti pentadbiran dan lain-lain):
kawasan ~ Kuala Lumpur;

2. [arkaik] pabean, pejabat pelabuhan;

pembandaran usaha dan sebagainya menjadikan sesuatu kawasan atau daerah dan penduduknya berubah kepada corak perbandaran atau meresap unsur-unsur perbandaran (seperti perindustrian, pembangunan, dan lain-lain), urbanisasi:
mereka seolah-olah dapat melihat alam semula jadi yang sebenarnya telah luput akibat proses ~.

bandang I

1. sejenis ikan laut, menangin, Chanos chanos;

2. sejenis ikan darat, ikan bulan, Megalops cyprinoides.