[Kedah] pemalu.
Category Archives: Kamus Dewan Online
banduan
orang yang ditahan dalam penjara (kerana melakukan jenayah atau sehingga dibicarakan di mahkamah).
bandu
[sastera lama]
1. kawan, sahabat;
2. sanak saudara.
bandot
[Jakarta]
1. kambing jantan;
2. [bahasa percakapan] laki-laki (orang tua) yang gila perempuan.
bandos
[Jakarta] sejenis kuih yang dibuat daripada ubi kayu;
bebandos.
bandit
perompak, terutamanya anggota geng bersenjata;
membandit menjadi bandit.
banding
1. imbang, tara;
tiada ~nya tidak ada yang menyamainya, tiada taranya;
2. [Indonesia] rayuan (ulang bicara);
naik ~ meminta ulang bicara;
sebanding seimbang, setara, setanding, setaraf:
kemajuan kaum wanita haruslah ~ dengan kemajuan kaum lelaki;
berbanding
1. dibandingkan:
penduduk daerah ini bertambah ~ dengan tahun lalu;
2. = berbandingan;
berbandingan
1. ada bandingnya, (taranya):
kebaikannya tiada ~;
2. seimbang, sebanding, sepadan:
kekuatannya ~ dengan besar badannya;
membanding
1. [bahasa percakapan] membandingkan;
2. [Minangkabau] merayu (ulang bicara);
3. [Minangkabau] memberi pertimbangan (benar atau salah), menyiasat;
membandingi mengimbangi, menyamai:
kita membeli senjata-senjata itu untuk ~ kekuatan musuh;
membandingkan, memperbandingkan melihat (menunjukkan dan sebagainya) persamaan dan perbezaan antara dua benda:
dia ~ sastera Melayu dengan sastera Eropah;
perbandingan, bandingan
1. imbangan, perimbangan, persamaan;
2. ibarat:
mereka ialah cermin ~ hidup;
kata-kata ~;
3. = banding [Indonesia] rayuan (ulang bicara), pertimbangan;
pembandingan perbuatan membandingi atau membanding(kan);
pembanding
1. orang yang membandingkan;
2. alat untuk membandingkan.
banderul
[Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan] pita cukai (pada rokok, cerutu, dan lain-lain);
harga ~ harga yang tercatat pada pita cukai, harga yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
bandering
[Jakarta] batu yang diikat pada tali untuk menghumban batu itu;
membandering melempar batu yang diikat pada tali, melemparkan bandering.
banderik
[Jakarta] sejenis minuman yang dibuat daripada air yang dimasak dengan halia dan lain-lain;
sejenis serbat.