sejenis tumbuhan (pokok), kelat merah, sedung, Eugenia claviflora.
Category Archives: Kamus Dewan Online
bangkih I
[Minangkabau] belang putih pada dahi kuda.
bangkau
[sastera lama] lebih daripada biasa banyaknya.
bangkas
perang kekuning-kuningan atau putih berbintik-bintik merah atau hitam (ayam dan lain-lain).
bangkar
keras dan kaku:
bibirnya menjadi ~ kerana terlanjur melepaskan nama ayah;
tikar ~ tikar yang kasar anyamannya.
bangkang III
terbangkang [arkaik] terbengkalai, terbangai.
bangkang II
jarak antara dua tanduk, cakah, cakang;
kala ~ sejenis kala yang letak sepitnya berjauhan;
ketam ~ sejenis ketam yang letak kedua-dua sepitnya berjauhan;
tanduk ~ tanduk yang tumbuhnya lurus ke kiri dan ke kanan.
bangkang I
membangkang membantah, menyanggah, menentang:
pekerja-pekerja ~ majikan mereka;
bangkangan perkara yang dibangkang:
parti itu telah mengemukakan ~ keras terhadap rancangan kerajaan;
pembangkang
1. orang yang membantah (melawan, menentang):
parti-parti ~ mencela tindakan kerajaan;
2. [arkaik] orang yang merintangi kemajuan.
bangkal
sejenis tumbuhan (pokok), mertas (kuning), pompom paya, Ctenolophon parvifolius.
bangkai
1. binatang yang sudah mati:
~ kucing;
2. [bahasa kasar] mayat manusia:
~ Hang Jebat;
~ bernyawa ki
a) orang yang terlibat dalam penagihan dadah yang teruk sehingga kurus kering, tidak bermaya dan menimbulkan masalah kepada keluarga, masyarakat dan sebagainya, mayat hidup;
b) seseorang yang tidak dipedulikan dan dipandang hina oleh keluarga:
akhirnya dia tidak sanggup lagi menjadi ~ bernyawa dalam keluarga mereka;
3. [kiasan] sesuatu yang telah tua dan rosak:
~ kereta;
~ gajah bolehkah ditudung oleh nyiru (peribahasa) kejahatan yang besar itu tidak dapat disembunyikan;
ada ~ adalah hering (peribahasa) di mana ada perempuan jahat tentu ada laki-laki yang jahat pula;
menjemur ~ ke atas (ke puncak) bukit (peribahasa) mengaibkan diri sendiri;
pebangkai (Biologi) binatang yang memakan bangkai binatang lain atau bahan organik yang reput (mis burung reng, dubuk, dan lain-lain).