tidak menjadi besar, kerdil (orang, pokok, dan lain-lain);
tanduk ~ tanduk yang tidak menjadi besar.
Category Archives: Kamus Dewan Online
bangkung
sejenis tumbuhan (pokok), cempedak, Artocarpus champeden.
bangkuh
sejenis tumbuhan (pokok), jambu arang, Eugenia claviflora.
bangku
1. tempat duduk, biasanya tanpa tempat sandar, dibuat daripada kayu, batu, dan sebagainya untuk dua orang atau lebih;
2. tempat duduk, biasanya tanpa tempat sandar atau tempat letak tangan, disokong oleh tiga atau empat kaki, biasanya untuk seorang;
3. meja yang berkaki tempat bertukang (menggergaji dan lain-lain);
~ lipat bangku yang dapat dilipat;
~ kaki bangku kecil dan rendah tempat meletakkan kaki semasa duduk di atas kerusi.
bangkot
[Jakarta] sudah besar (tua).
bangkit
1. jaga daripada tidur;
2. berdiri daripada duduk atau tidur:
ia ~ daripada duduk;
3. hidup kembali:
~ dari kubur;
4. naik (ke udara):
debu ~ ke udara;
5. terbit, datang (keadaan, perasaan dan lain-lain);
~ gilanya datang gilanya;
~ marahnya terbit marahnya;
~ hatinya timbul keberaniannya;
6. kembang, muai (adunan):
kek yang saya buat tidak ~;
7. sedar dan bergerak untuk mencapai kemajuan, sedar dan maju;
berbangkit
1. timbul atau terbit (berkenaan (dengan) perasaan, perkara dan sebagainya);
perkara ~ perkara (hal atau soal) yang ditimbulkan dalam mesyuarat berdasarkan minit atau catatan mesyuarat yang lalu;
2. berbalik (berkenaan (dengan) penyakit);
membangkit
1. menggerakkan supaya bangkit, mengangkat:
~ lukah yang ditahan;
2. menimbulkan, mengakibatkan (penyakit, marah, dan lain-lain):
~ marah;
3. = membangkit-bangkit membongkar perkara yang lama, mengungkit:
mereka bertengkar ~ hal-hal yang sudah lampau;
4. [Minangkabau] memungut (menggali) hasil kebun dan lain-lain;
membangkitkan
1. membangunkan (orang tidur), menghidupkan kembali (orang mati):
di padang mahsyar manusia dibangkitkan Allah daripada mati;
2. mengangkat ke atas:
~ pedang ke udara;
3. menimbulkan:
~ semangat orang-orang muda;
~ selera;
bangkitan
1. = bangkit-bangkitan soal lama yang dibongkar-bongkar;
2. [Minangkabau] hasil tanaman;
3. ucapan-ucapan bomoh untuk membangkit orang halus (dalam permainan puteri);
kebangkitan
1. kebangunan, kesedaran serta kegiatan yang membawa kemajuan:
~ bangsa Asia;
~ Islam sebenarnya harus didukung oleh tradisi ilmu yang mampu melahirkan tamadun besar;
2. pemberontakan:
mereka mendakwa bahawa adanya penceroboh-penceroboh itu sebagai satu ~ dari dalam negeri;
pembangkitan perihal (perbuatan, kegiatan, dan sebagainya) membangkitkan sesuatu atau seseorang;
pembangkit
1. orang yang membangkitkan (perkara lama dan lain-lain);
2. alat yang membangkitkan;
~ tenaga elektrik [Indonesia] alat yang membangkitkan kuasa elektrik, jana kuasa.
bangkir II
[Indonesia-Belanda]
1. orang yang mengusahakan bank;
2. [bahasa percakapan] orang yang memberikan sokongan dalam hal kewangan.
bangkir I
= bongkar-bangkir.
bangking II
bongkang-~;
bongkang.
bangking I
sejenis peti yang bentuknya seperti buah delima dibuat daripada tembaga atau kayu.