banjir

1. keadaan air menenggelami atau menggenangi kawasan yang luas, bah, air bah:
kawasan itu sering dilanda ~; ~ kilat banjir yang berlaku dengan serta-merta atau dengan tidak disangka-sangka;

2. banyak sangat:
dalam musim menuai, ~ padi di kampung ini;

membanjir seperti banjir, datang dengan banyaknya:
orang ~ datang melihat drama itu;

membanjiri
1. menggenangi, mengempohi (sawah dan lain-lain):
dalam musim hujan, beberapa bahagian kota dibanjiri air;

2. mendatangi seperti banjir, datang banyak-banyak:
pada pertengahan tahun 1943, negeri Brunei dibanjiri oleh kuli-kuli dari Jawa;

banjiran sesuatu yang muncul (tersebar) banyak-banyak:
kerajaan Jerman juga mengeluarkan ~ propaganda kepada tiga sasaran;

kebanjiran
1. ditimpa (dilanda) banjir, tergenang air kerana banjir;

2. [kiasan] dipenuhi oleh (manusia, barang, dan lain-lain).

banji

[Cina] sejenis kisi-kisi daripada kayu atau tembikar yang dipasang pada langkin.

Banjar II

suku bangsa campuran yang berasimilasi daripada Melayu, Jawa, Ngaju, Maayan dan Bukit, yang berasal dari Kalimantan Selatan, Indonesia.

banjar I

baris, deret, jajar;

sebanjar
1. sebaris, sederet:
~ pokok nyiur;

2. [sastera lama] sebaya, seumur;

berbanjar berbaris, berderet:
kami berdiri ~ di hadapan guru besar;

berbanjar-banjar, berbanjaran berbaris-baris, berderet-deret;

membanjarkan menyusun berbanjar-banjar:
~ kerusi dengan teratur;

banjaran sesuatu yang berderet kedudukannya, barisan, deretan:
~ gunung;
B~ Titiwangsa.

banit

~ kijang sejenis tumbuhan (pokok), kayu belinci, kayu tapis, Xylopia malayana.

banir

akar yang keluar ke atas tanah seperti papan (pada pangkal pokok beringin dan lain-lain);
tinggi ~ tempat berlindung (peribahasa) tiap-tiap hal yang istimewa itu ada faedahnya asal tahu menggunakannya;

berbanir mempunyai banir.

baning

sejenis kura-kura, Geochelone emys;

membaning memukul gong yang dibuat daripada kulit kura-kura.

banian

[sastera lama] peti (kecil) tempat menyimpan barang-barang berharga:
Hang Isa pantas memohonkan emas barang tiga kati dan kain barang tiga ~;

=benian I