bantam

petinju kelas ~ petinju yang beratnya antara 51 kg hingga 53.5 kg sekiranya profesional, atau antara 51 kg hingga 54 kg sekiranya amatur.

bantal

1. galang kepala atau alas tempat duduk yang dibuat daripada kain dijahit seperti karung dan diisi dengan kekabu, sabut, span, dan sebagainya;

2. galang, alas (pada perkapalan);
~ budak sejenis penyakit pada perempuan yang baru melahirkan anak;
~ galang
a) = ~ kepala bantal tempat meletakkan kepala apabila tidur);
b) = ~ golek = ~ peluk bantal bulat yang panjang;
~ sandar bantal yang dipakai untuk bersandar;
~ seraga bantal bulat yang bersulam;
~ suari bantal empat persegi berkerawang (sebagai penghias);
lepas ~ berganti tikar (peribahasa) laki-laki yang berkahwin dengan saudara atau keluarga isterinya yang meninggal;
mata tidur ~ berjaga (peribahasa) perempuan yang berbuat jahat ketika suaminya lengah;
orang mengantuk disorongkan ~ (peribahasa) mendapat sesuatu yang diperlukan dengan tidak disangka-sangka;

bantal-bantal
1. benda yang menyerupai bantal;

2. bantal kecil tempat jarum (peniti dan lain-lain);

berbantal, berbantalkan memakai bantal;
~ lengan
a) menggunakan lengan sebagai bantal;
b) seketiduran, tidur bersama-sama dengan kekasih;

membantalkan, memperbantalkan menggunakan sesuatu sebagai bantal;

bantalan benda yang menyerupai bantal (balak penghalang landasan kereta api), bantal-bantal, palang, sengkang;

pembantal benda yang dipakai sebagai penahan (lapik dan lain-lain misalnya pada orang yang burut):
~ itu akan membesarkan burut.

bantai

membantai
1. menyembelih, memotong:
~ kerbau;

2. memukul, menghentam:
dibantainya orang itu dengan laras senapang;

3. [bahasa percakapan] makan, menggasak (makanan):
apa yang ditunggu lagi, mari kita bantai apa yang sudah dimasak;

bantaian
1. landasan tempat menyembelih (binatang);

2. binatang yang disembelih:
kerbau ~;

3. pukulan, hentaman;

pembantaian
1. perihal menyembelih;

2. tempat menyembelih (binatang);

pembantai orang yang menyembelih, tukang sembelih.

bantahan

1. sanggahan, sangkalan:
kalau tidak ada ~, tentu benar tuduhannya;

2. suka membantah:
~ sekali anak ini;

perbantahan pertengkaran, perdebatan:
pada suatu malam, terjadilah ~ antara kedua-dua pemuda itu tentang hak milik pusaka;

pembantahan perihal membantah(i) atau membantahkan, penyangkalan;

pembantah
1. orang yang membantah;

2. suka membantah.

bantah

perkelahian, pertengkaran;
~-bentah = ~-bentuh bermacam-macam pertengkaran;

berbantah berkelahi, bertengkar (mulut);

berbantah-bantah berselisihan:
jika kamu ~ dalam sesuatu perkara, hendaklah kamu mengembalikannya kepada al-Quran dan Sunah;

membantah menentang, melawan (pendapat):
dia tidak ~, hanya air matanya yang menitik;

membantahi tidak membenarkan (sesuatu), menyanggah:
kerajaan negara-negara Balkan ~ amalan-amalan perdagangan yang tertentu;

membantahkan, memperbantahkan berbantah tentang sesuatu, memperdebatkan:
apa yang kita perbantahkan, kita lihat sekarang siapa mati dan siapa hidup;

terbantahkan dapat dibantah:
prinsip yang tidak ~;

banta

(Acheh) [Perak];

anak ~ anak Sultan Perak yang ditempatkan pada sesuatu keluarga untuk diasuh.

bankuet

jamuan besar penuh istiadat untuk ramai orang, biasanya untuk menghormati seseorang.

bankrap

(berada dalam keadaan) tidak berupaya hendak menyelesaikan hutang, muflis:
syarikat itu ~ akibat kerugian besar yang dialaminya;

membankrapkan menyebabkan (menjadikan) bankrap, menyebabkan menjadi bankrap (atau muflis);

kebankrapan keadaan atau kejadian bankrap, kemuflisan:
kesannya terhadap sektor pengilangan berasaskan eksport sangat teruk, menyebabkan ~ dan pengangguran.

bank

1. institusi yang menawarkan perkhidmatan kewangan seperti jagaan wang, pertukaran mata wang, pemberian pinjaman, dan terimaan bil pertukaran:
menyimpan wang di sebuah ~ tempatan;

2. bekalan, simpanan atau rizab untuk kegunaan pada masa depan atau apabila diperlukan:
~ data;
~ mata;
~ darah;
~ asing
bank yang beroperasi di negara lain selain negara asal tempat bank tersebut diperbadankan;
~ darah tempat menyimpan darah untuk kegunaan di hospital dan sebagainya;
~ data pusat pengumpulan dan penyimpanan pelbagai sumber data;
B~ Dunia = B~ Antarabangsa untuk Pemulihan dan Pembangunan bank yang menjamin pinjaman atau memberi pinjaman kepada negara anggota (untuk pemulihan dan pembangunan ekonomi);
~ eksport-import bank yang memberi atau menjamin pinjaman untuk perdagangan antara negeri sendiri dengan negeri-negeri lain;
~ Islam bank yang urus niaga kewangan dan pengagihan dananya berdasarkan syariat Islam;
~ jurubank bank yang berperanan sebagai jurubank kepada sekumpulan bank lain di sesebuah kawasan;
~ kerajaan bank yang menjalankan tugasnya mengikut undang-undang negeri-negeri di Amerika Syarikat;
~ konsortium sekumpulan bank yang bergabung untuk memberikan pinjaman jangka sederhana dalam jumlah yang besar, biasanya bagi keperluan pelanggan antarabangsa;
~ koperasi bank yang dimiliki oleh ahli, yang menerima deposit, menawarkan khidmat pinjaman dan membayar faedah kepada ahli tersebut;
~ luar pesisir bank asing yang beroperasi di sesebuah negara dengan menikmati pengecualian cukai daripada negara berkenaan, misalnya bank luar pesisir di Labuan;
~ mata pusat simpanan kornea dan selaput tetuban untuk tujuan pemindahan kornea mata;
~ negara = ~ pusat bank yang mengawasi perjalanan ekonomi negara dengan cara mengawal pergerakan bank-bank perdagangan (import-eksport wang dan lain-lain) dan menyimpan wang kerajaan serta bank-bank lain;
~ pembangunan bank yang menguruskan dana kerajaan dan badan berkanun untuk diberikan pinjaman kepada pelbagai sektor penting bagi menjana pembangunan negara;
~ perdagangan bank yang menyimpan wang orang ramai dan lain-lain serta memberi pinjaman dengan mengenakan bayaran faedah;
~ pertanian bank yang ditubuhkan khusus untuk membantu para petani mendapatkan bantuan kewangan untuk memulakan atau menjalankan kegiatan atau perusahaan pertanian;
~ saudagar bank yang memberi perkhidmatan (seperti memberi pinjaman dan sebagainya) kepada badan dan perniagaan sahaja;
~ simpanan bank yang menerima deposit dan membayar faedah terhadap simpanan;

perbankan aktiviti yang berkaitan dengan bank atau urus niaga bank:
sistem ~ Islam.

banjo

alat muzik bertali yang panjang lehernya, badannya seperti deram dan dipetik dengan jari atau plektrum.