[Minangkabau] bahawa.
Category Archives: Kamus Dewan Online
bas IV
(Komputer) kumpulan talian selari yang menyambungkan dua atau lebih peranti untuk membolehkan kawalan, perhubungan, dan pertukaran maklumat dilakukan dengan menggunakan talian yang sama.
bas III
[Indonesia-Belanda] nada yang rendah (pada muzik), bes.
bas II
[Indonesia-Belanda]
1. kepala pekerja (mandur, majikan, dan lain-lain);
2. pemborong pekerjaan.
bas I
sejenis kenderaan besar yang membawa penumpang yang beroperasi, biasanya mengikut jadual perjalanan tertentu;
~ ekspres bas untuk perjalanan jauh yang singgah hanya di beberapa bandar besar saja atau di tempat-tempat makan;
~ kilang bas yang disediakan khas untuk membawa pekerja yang berulang-alik ke tempat kerja mereka (di kilang dan sebagainya);
~ mini bas pendek (kecil) yang dibenarkan membawa penumpang antara 16 hingga 20 orang saja;
~ persiaran bas yang digunakan khas untuk membawa pelancong bersiar-siar;
~ sekolah bas yang digunakan untuk membawa kanak-kanak sekolah berulang-alik ke sekolah mereka pada hari-hari persekolahan;
~ sewa khas bas yang ditempah khas untuk satu-satu perjalanan (seperti untuk membawa rombongan melawat ke sesuatu tempat);
~ troli bas yang dijalankan dengan kuasa elektrik.
barzanji
berzanji.
barzakh
[Arab];
alam ~ (dalam agama Islam) alam tempat roh orang mati berada sementara menunggu hari dibangkitkan semula di Padang Mahsyar, alam kubur:
ia pun menghembuskan nafas yang penghabisan lalu kembali ke alam ~.
barut II
[Minangkabau];
membarut menggosok, mengurap, melumas, menyapu.
barut I
kain pembalut (luka dan lain-lain), kain untuk membebat (perut anak yang baru lahir atau ibu yang baru melahirkan anak);
~ kereta kain pembebat anak yang baru lahir atau perempuan yang baru melahirkan anak (yang berupa kain tebal yang berjahit dengan tali-tali untuk mengikat perut);
~ panjang kain pembebat perut perempuan yang baru melahirkan anak (dibuat daripada kain yang panjangnya lebih kurang 5 ela);
berbarut memakai barut, dibalut dengan barut:
sapukan ramuan khas pada seluruh permukaan perut sebelum ~;
membarut memakaikan barut, membalut (membebat) dengan barut:
~ perut anaknya;
pembarutan perbuatan membarut;
pembarut pembalut, pembebat.
barusan
[Jakarta] baru saja, belum lama lagi.