batas

1. garis pinggir sesuatu bidang (daerah dan lain-lain):
sampai di sinilah ~ kebun saya;

2. permatang (sawah, tempat menanam):
satu jenis orkid tidak boleh ditanam di atas ~;

3. had atau paras sesuatu yang paling tinggi, matlamat atau ketentuan (yang tidak boleh dilampaui):
pekerjaan yang diberikan melewati ~ kemampuannya;

4. hingga, sampai:
dari pinggir leher hingga ~ perut;
~ ban
[Kedah] tanah yang ditambak (tempat berjalan);
berjalan sampai ke ~, belayar sampai ke pulau (peribahasa) sesuatu usaha hendaklah kepada yang dimaksudkan;

berbatas
1. mempunyai batas, mempunyai permatang:
tanah yang belum ~ itu tidak dapat ditanami padi;
~ dengan
berbataskan;

2. berhad, tersekat:
kekuasaan yang tiada ~;

berbatasan mempunyai batas (sempadan) yang sama:
sawah saya ~ dengan sawahnya;

batang I

1. bahagian pokok yang tumbuh daripada akar:
tebu menyimpan gula dalam ~;

2. tangkai (cangkul, dayung, dan lain-lain):
~ joran;

3. benda yang panjang:
besi ~;

4. benda yang panjang dan bulat:
~ kaki;

5. penjodoh bilangan bagi benda yang panjang-panjang:
se~ jalan;

6. [arkaik] bangkai, mayat;
sudah menjadi ~ sudah mati;
~ air sungai;
~ bersih (Perhutanan) batang pokok yang lurus dan tidak bercabang;
~ dacing lengan dacing (kayu panjang pada dacing yang memakai mata);
~ dayung tangkai dayung;
~ hari
a) tengah hari;
b) pokok aliran sungai;
~ hidung bahagian yang keras pada hidung, lembaga hidung;
~ kalam tangkai pena;
~ leher leher antara kuduk dan kepala;
~ lengan lengan bahagian atas;
~ palsu batang yang terbentuk daripada kelopak (pisang);
~ tenggorok merih;
~ tubuh
a) tubuh tanpa anggota;
b) diri, peribadi;
se~ kara (karah, karang, kacang) tidak bersanak saudara;
ada ~, cendawan tumbuh (peribahasa) di mana juga kita duduk ada rezeki kita;
angkat ~, keluar cacing gelang-gelang (peribahasa) mengerjakan pekerjaan orang yang terbengkalai, satu faedah pun tidak diperoleh;
di mana ~ terguling, di situ cendawan tumbuh (peribahasa) di mana perkara berlaku, di situ pula diselesaikan;
kena ~ hidung (peribahasa) berasa terkena (tersindir, terhina, dan lain-lain);
sepuluh ~ bertindih, satu dua petalasannya (peribahasa) bagaimana sekalipun perkataan yang benar itulah pangkalnya;
sungguhpun ~ merdeka, ingat pucuk akan terhempas (peribahasa) pekerjaan itu jangan sebahagian sahaja yang diingat, tetapi dari awal sampai ke akhirnya;
terkena pada ikan bersorak, terkena pada ~ masam (peribahasa) hal orang berkawan yang mahu beruntung sahaja dan tidak mahu berugi;

berbatangkan mempunyai batang yang dibuat daripada unsur lain:
pokok itu berbuahkan emas, ~ suasa dan berdaunkan perak;

membatang menjadi batang, menyerupai batang:
gedung-gedung pencakar langit ~ ke udara;

batangan alangan kayu dan lain-lain di muara sungai (tempat masuk ke pelabuhan dan lain-lain):
ada pun ~ Pahang pada masa itu dua lapis.

batalion

1. unit tentera yang terdiri daripada tiga kompeni atau lebih:
pada tahun 1937, hanya ada lima ~ tentera di Tanah Melayu;

2. [bahasa percakapan] (sesuatu) kumpulan yang ramai:
dia membawa satu ~ kawannya ke rumah pada hari raya.

batal

1. tidak sah, tidak berlaku lagi, mansuh:
sah ~ terserah pada lembaga;
kerana dia tersentuh suaminya, air sembahyangnya ~;

2. tidak jadi, gagal, tidak berhasil:
niatnya hendak pulang ~ kerana kematian anaknya;

3. tidak sah diperlakukan, tidak laku lagi (berkenaan (dengan) cek, tiket, dan sebagainya);

membatalkan
1. menyatakan tidak sah (berlaku lagi):
parlimen berhak ~ undang-undang;

2. meniadakan, menggagalkan, mengurungkan:
Amerika Syarikat ~ bantuannya kepada negara-negara yang prokomunis;

terbatal dibatalkan:
perjanjian itu dianggap tidak sah atau ~ jika syarat-syarat yang ditetapkan tidak dipatuhi;

pembatalan perihal (tindakan, perbuatan, dan sebagainya) membatalkan:
parlimen menyetujui ~ undang-undang itu;

pembatal (sesuatu) yang membatalkan;
kuasa ~ kuasa yang membatalkan.

Batak II

orang ~
a) orang asli;
b) suku bangsa yang hidup di Sumatera;
bersesalan bagai ~ lari (peribahasa) jikalau di dalam suatu kelompok terjadi bencana, maka satu menuduh yang lain yang bersalah.

batak I

[sastera lama] pengembara, nomad;

membatak
1. mengembara, bertualang;

2. merompak, menyamun, merampas;

pembatak penyamun, perompak.

batai

1. sejenis tumbuhan (pokok), Paraserianthes spp.;

2. sejenis tumbuhan (pokok), Cassia timorensis;

3. sejenis tumbuhan (pokok), Derris dalbergioides;
~ laut
sejenis tumbuhan (pokok), Peltophorum ferrugineum.