bekas (daripada tempurung, perak, tembaga, dan lain-lain) yang berbentuk tempurung.
Category Archives: Kamus Dewan Online
batik
= kain ~ kain yang bercorak (dilukis atau ditera dengan lilin dan dicelup);
~ cap batik yang dicap (dicetak);
~ Kelantan batik yang dibuat di Kelantan;
~ Semarang
a) batik buatan Semarang;
b) (peribahasa) janda yang lebih cantik daripada semasa gadis;
~ tulisan (suratan) batik yang ditulis (disurat) dan bukan dicap;
~ Yogya batik yang dibuat di Yogya;
umpama ~ lasam, makin dibasuh makin berbau (peribahasa) makin lama makin bertambah baik;
membatik membuat batik (dengan tangan):
usaha ~ semakin mendapat tempat yang baik di Terengganu;
batikan hasil membatik:
anak-anak perempuan itu bersarung kain panjang ~ mereka sendiri;
pembatikan
1. tempat membuat (perusahaan) batik;
2. cara membuat batik;
pembatik pengusaha (pembuat) batik.
batih
[Jawa] seisi rumah, keluarga (yang terdiri daripada anak isteri dan lain-lain).
bati
sebati (amat) sesuai atau mesra, bersatu padu (sehingga sukar memisahkan atau mengasingkannya):
bau itu sudah ~ benar dengan hidungnya;
bersebati sudah menjadi sebati;
menyebatikan menjadikan sebati;
sebatian campuran dua unsur atau lebih menjadi satu;
kesebatian perihal atau keadaan sebati;
penyebatian perbuatan atau proses menyebatikan.
bateri II
unit tentera yang dilengkapi dengan meriam dan kenderaan:
satu trup ~ telah bergerak ke Pos Legap.
Bateq (batq) penduduk asli Semenanjung Malaysia daripada suku kaum Negrito, yang tinggal di pedalaman utara Pahang, barat Terengganu dan selatan Kelantan.
bateri I
dua sel atau lebih yang disusun secara bersiri atau selari untuk menghasilkan daya gerak elektrik:
~ kereta;
radio ini mempunyai enam ~;
~ kering bateri elektrik yang terdiri daripada dua atau lebih sel kering;
berbateri mempunyai bateri, ada baterinya, menggunakan bateri:
lampu picit ~ tiga.
bater
(ERT) bancuhan daripada tepung, telur, dan susu atau air untuk membuat lempeng atau menyalut daging, sayur-sayuran dan sebagainya sebelum digoreng.
batela
[arkaik] [sastera lama] sejenis perahu yang bertiang dua;
= batil III.
batau
barua, jaruman.
batat
[Kedah], [Perlis] tidak mahu empuk, tidak mahu gembur.