baud

(Komputer) unit ukuran penghantaran simbol sesaat dalam perhubungan data bersiri, dengan satu simbol dikira sebagai satu bit, dan unit ini dikatakan mewakili satu bit per saat.

baucar

1. dokumen yang menunjukkan bahawa wang telah dibayar bagi barang-barang dan lain-lain yang telah diterima:
semua perbelanjaan runcit hendaklah dibuat melalui buku, dan pembayaran hendaklah disokong oleh ~ ataupun resit;

2. dokumen yang boleh ditukarkan dengan barang-barang atau perkhidmatan tertentu;
~ hadiah;
~ diskaun.

bau II

[Indonesia] ukuran luas tanah (500 tombak persegi atau 78 850 kaki persegi atau 0.73 hektar).

bau I

sesuatu yang tercium oleh hidung (seperti wangi, hanyir, dan lain-lain):
sambil berjalan, ia menghidu-hidu ~ wangi di kemejanya;
~ setahun pelayaran
sangat busuk baunya;
~ daun semberu [Kelantan] kaum kerabat yang jauh;
ada ~-~ bacang ada pertalian saudara (tetapi sudah jauh);
sudah tercium ~nya ki mulai dikesan (rahsia, kejahatan, dan lain-lain);
~ busuk tidak berbangkai (peribahasa) fitnah (celaan) yang tidak beralasan;
ayam terlepas, tangan ~ tahi (peribahasa) orang yang hendak mencemarkan seorang gadis tetapi tidak sampai maksud hanya beroleh malu;
jauh ~ bunga, dekat ~ tahi (peribahasa) berkasih-kasihan itu lebih kekal dari jauh daripada berdekatan;
umpama kesturi, kerana ~ hilang nyawanya (peribahasa) orang yang menunjukkan sesuatu yang berharga kepada orang yang tidak dapat dipercayai hingga mendapat bencana sendiri;

sebau
1. serupa baunya;

2. [kiasan] agak serupa (sifatnya dan sebagainya), sesuai dengan, sejenis;
seragam ~ sejenis (sama sifatnya), bersesuaian (antara satu sama lain);

berbau
1. mempunyai bau (busuk), mengeluarkan bau (busuk):
janganlah kain-kain dan sarung bantal terbiar kotor dan ~;

2. tercium bau, terhirup bau:
dari jauh ~ olehku asap setanggi;

3. bersifat, mempunyai unsur:
pidatonya itu ~ perkauman;

4. [kiasan] mulai dikesan (rahsia, kejahatan, dan lain-lain);
~ dua (peribahasa) dikatakan kepada orang yang telah berbuat kesalahan secara sulit;
bakar tiada ~ (peribahasa) menyatakan tidak percaya pada cerita orang;
bersuris bagai pasir, ~ bagai membacang (peribahasa) kejahatan yang sudah cukup bukti dan keterangan;
tiada ~ telunjuk saya (peribahasa) menyatakan tidak percaya pada sesuatu cerita (khabar dan lain-lain);

membaui
1. mencium-cium (bau), menghidu-hidu (bau):
anjing itu ~ bangkai;

2. menyelidiki secara sulit, merisik, mengesani:
mereka sampai ke tempat persembunyian yang tidak dapat dibaui oleh Jepun;

terbau
1. tercium bau, terhidu bau:
~ oleh sang kancil harimau datang;

2. diketahui (orang), terbongkar:
akhirnya ~ juga apa yang telah dibuatnya;

bauan, bau-bauan segala yang berbau wangi, minyak wangi atau bunga yang harum dan lain-lain:
banyak digunakan kayu gaharu, setanggi, kemenyan dan jenis ~ lain;

pembau (Biologi) deria badan yang berfungsi untuk membaui sesuatu:
saluran ini menggunakan deria sentuhan, rasa, dan ~.

batuk

1. = berbatuk mengeluarkan nafas dari paru-paru dengan keras dan bising bunyinya;

2. bunyi seseorang batuk:
adikku ~ sahaja semalam-malaman tadi;
tidak dapat saya pejamkan mata sedikit pun kerana ~nya;

3. penyakit (keadaan) yang menyebabkan seseorang kerap batuk atau batuk berulang-ulang:
ubat untuk melegakan ~;
~ barah
batuk yang berdahak;
~ barah angin batuk yang tidak berdahak;
~ darah batuk dengan mengeluarkan darah;
~ jerih = ~ lelah sesak nafas, senak;
~ kecil berdeham;
~ kering batuk yang tidak berkahak (kerana T.B.);
~ kokol = ~ mengokol(-ngokol) batuk keras yang bertalu-talu;
~ rejan batuk yang keras (pada anak-anak);
melepaskan ~ di tangga (peribahasa) melakukan sesuatu dengan tidak bersungguh-sungguh;

berbatuk batuk;

membatukkan batuk dengan sengaja (kerana sesuatu, misalnya untuk mengeluarkan dahak dan lain-lain);
~ darah batuk dan mengeluarkan darah;

terbatuk-batuk batuk dengan tidak tertahan-tahan.

batu

1. bahan galian pepejal yang bukan logam (tidak terbakar, tidak boleh ditempa, dan tidak hancur dalam air);

2. sejenis permata (untuk mata cincin dan lain-lain);
~ kecubung sejenis permata yang berwarna ungu kebiru-biruan;

3. sejenis permata buatan (dipakai dalam jam dan lain-lain):
jam tangan 17 ~;

4. penjodoh bilangan bagi gigi:
se~ gigi;

5. ukuran jarak:
kampungku letaknya 10 ~ dari sini;

6. buah (dalam permainan catur):
tidak dapat kami bermain catur lagi kerana beberapa ~ hilang;

7. [Indonesia] bateri (lampu picit):
lampu picit tiga ~;

8. [kiasan] keras:
berhati ~;
~ air
= ~ kali = ~ sungai batu yang terdapat di sungai-sungai;
~ ajuk batu (timah dan lain-lain) pada tali kail untuk pemberat;
~ alas tempat tiang rumah berdiri;
~ ali(-ali) anak ali-ali;
~ ambar sejenis batu yang terdapat di pantai (dibuat paip dan lain-lain);
~ amzil batu canai (asuhan);
~ anggur asaman yang diambil daripada buah-buahan;
~ anting batu (timah dan lain-lain) pada tali untuk pemberat;
~ api
a) batu pencetus api (pada pantik api dan lain-lain);
b) [kiasan] penghasut;
~ apung batu yang ringan dan tidak tenggelam dalam air;
~ arang = ~ bara arang yang diambil dari dalam tanah;
~ asah(an) batu untuk mengasah perkakas (pisau dan lain-lain);
~ asas
a) batu dasar tempat mendirikan sesuatu (rumah dan lain-lain);
b) [kiasan] dasar;
~ badar batu hablur untuk mata cincin;
~ bata bata;
~-batan
a) berbagai-bagai jenis batu;
b) batu karang;
~ belanda permata buatan;
~ bersurat = ~ bertulis batu yang berpahat dengan huruf-huruf tulisan kuno;
~ berani = ~ semberani besi atau bijih besi yang mempunyai tenaga untuk menarik besi lain;
~ besi sejenis batu yang keras, granit;
~ bintang
a) sejenis batu yang berasal daripada bintang gugur;
b) sejenis batu yang mengandungi hablur;
~ canai gerinda;
~ dacing = ~ timbang timah (besi dan lain-lain) pada dacing untuk menimbang berat barang;
~ dapur = ~ tungku batu tempat meletakkan periuk sewaktu memasak;
~ duga batu (timah dan lain-lain) untuk menduga dalamnya laut;
~ geliga batu yang terdapat dalam tubuh binatang (ular, landak, dan lain-lain) yang mempunyai khasiat untuk menawar bisa dan lain-lain;
~ giling batu tempat menggiling rempah dan lain-lain;
~ hampar batu yang lebar dan rata;
~ hempedu ketulan keras seperti batu yang terbentuk di dalam pundi hempedu sehingga boleh menyebabkan rasa sakit;
~ hidup batu yang mempunyai kekuatan ghaib;
~ jemala = ~ kepala kepala;
~ johor hablur;
~ kail batu timah;
~ kapur batu yang mengandungi kapur;
~ karang karang laut;
~ kawi mangan;
~ kerikil = ~ kelikir batu kecil-kecil;
~ ketapakan = ~ tapakan
a) batu tumpuan;
b) [kiasan] dasar;
~ kisaran batu khas untuk mengisar tepung, rempah, dan lain-lain;
~ koral = ~ kolar [Jakarta] batu karang (laut);
~ kulansing batu besi;
~ lada kerikil yang halus;
~ ladung batu ajuk;
~ lengan otot pada pangkal lengan;
~ lod (Geologi) bijih besi yang mempunyai kuasa magnet;
~ loncatan
a) batu yang digunakan sebagai landasan melompat;
b) [kiasan] orang atau tempat yang dipergunakan untuk mencapai sesuatu;
~ luru alat tempa yang berupa batu sungai atau granit licin, digunakan untuk melicinkan (menggilapkan) permukaan tempaan;
~ marmar batu kapur berhablur yang boleh digilap dan digunakan untuk binaan dan ukiran;
~ merah tanah liat (batu) yang merah;
~ meroyan sejenis penyakit perempuan yang baru melahirkan anak;
~ nautika unit ukuran jarak di laut yang bersamaan dengan 1852 m (6080 kaki);
~ nisan batu di atas atau di satu hujung kubur, biasanya ditulis nama dan maklumat si mati;
~ pasir batuan yang terbentuk daripada pasir yang mampat, biasanya digunakan sebagai bahan binaan dan sebagainya;
~ pejal batu besi;
~ pelinggam sejenis marmar;
~ penghalang halangan;
~ pualam marmar;
~ sempadan batu untuk menandakan sempadan;
~ sendi
a) batu alas;
b) [kiasan] dasar, asas;
~ sarawak sejenis galian (bijih) yang mengandungi belerang dan antimoni;
~ seremban batu yang digunakan dalam permainan seremban;
~ tanda
a) batu yang menunjukkan jarak di antara satu tempat ke satu tempat yang lain;
b) peristiwa penting dalam sejarah, kehidupan, dan lain-lain:
peristiwa itu menjadi ~ tanda bermulanya sejarah perkembangan bahasa dan sastera Melayu di tanah air kita;~ tara batu sempadan;
~ timbul batu apung;
~ tolak bara [sastera lama] batu pemberat yang digunakan sebagai pengimbang dalam perahu:
maka oleh Semerluki, diambilnya suatu ~ tolak bara, dicampakkannya di Selat Ungaran;
~ tulis

a) [Indonesia] papan batu;
b) batu bertulis, batu bersurat;
~ ubin batu yang dipakai untuk lantai rumah;
~ ujian
a) batu tempat menguji emas;
b) percubaan,cabaran;
~ bulat tak bersanding = ~ hitam tak bersanding (peribahasa) orang yang kelihatan lemah lembut tingkah lakunya dan sebagainya, tetapi sebenarnya keras hatinya (tidak takut menghadapi sesuatu);
~ direbus masakan empuk (peribahasa) orang yang bodoh itu bagaimanapun tidak mungkin diajar;
~ jatuh ke lubuk (peribahasa) hilang lenyap;
~ kecil berguling naik, ~ besar berguling turun (peribahasa) orang yang hina menjadi mulia kerana harta dan orang yang berasal menjadi hina kerana tidak berharta;
~ pelesing (peribahasa) orang yang kecil tetapi berhati keras;
~ pun empuk, jangan hati manusia (peribahasa) perkataan yang lemah lembut boleh menawan hati;
~ yang keras air pelekuknya, hati yang keras lidah pelembutnya (peribahasa) orang yang keras hati itu hanya dapat dipujuk dengan kata yang lemah lembut;
~ yang selalu bergolek dalam sungai itu tiada dihinggapi lumut (peribahasa) orang yang selalu menambah pengetahuannya tidak dapat ditipu orang, atau orang yang tidak tetap mata pencariannya tidak akan kaya;
berbunyi ~, berbunyilah dia (peribahasa) orang yang tidak dapat berkata-kata (menjawab) kerana kedapatan kesalahannya;
lempar ~ sembunyi tangan (peribahasa) melakukan sesuatu (kejahatan dan lain-lain) tetapi kemudian berdiam diri seolah-olah tidak tahu-menahu;
mencampakkan ~ keluar (peribahasa) menolong orang lain tetapi tidak mempedulikan keluarga sendiri;
muncung penuh air, perut berisi ~ (peribahasa) tidak dapat mengatakan sesuatu (berkenaan (dengan) kesalahan orang) kerana telah terhutang budi;
patah ~ hatinya (peribahasa) habis seluruh kemahuannya (minatnya) untuk meneruskan pekerjaan dan lain-lain;
tiada terkajang ~ di pulau (peribahasa) tidak terlayan kehendak semua orang;

baton

1. kayu pendek yang dibawa dan diserahkan oleh seorang pelari kepada pelari yang berikutnya;

2. tongkat kecil yang digunakan oleh pemimpin orkestra untuk memberi arahan kepada pemuzik.