[Jawa] terung (tumbuhan).
Category Archives: Kamus Dewan Online
terompah
1. sejenis alas kaki daripada belulang yang tidak disamak;
2. = ~ kayu sejenis alas kaki yang dibuat daripada kayu, kasut, gamparan;
berterompah memakai atau mempunyai terompah:
kakinya ~ kayu yang menghasilkan bunyi hentakan yang kuat.
teromel, teromol
[Indonesia-Belanda] sejenis peti kecil daripada tin.
teromba
sejarah yang diceritakan dalam bentuk perbilangan, tambo, riwayat.
teromasa
[sastera lama] telatah.
terolak
[Kedah] bertolak.
teroka
meneroka
1. membuka kawasan baru untuk dijadikan kampung (sawah, ladang), membuat sawah (ladang dan lain-lain) di kawasan baru:
menetaplah mereka di sana untuk membuka tanah, ~ hutan belantara untuk dijadikan kampung;
2. [kiasan] menyelidiki (untuk mengetahui sesuatu, biasanya yang belum diketahui lagi), menjelajah:
perasaan ~ dan mengembara tidak hidup lagi dalam jiwa pemuda kita;
3. = menerokai menjalani, menempuh, mengharungi (bidang kegiatan dan sebagainya yang baru):
siswazah-siswazah yang mampu berdikari dan sanggup ~ bidang-bidang perniagaan;
penerokaan perihal (perbuatan, usaha, dan sebagainya) meneroka atau menerokai:
~ dalam tema dan teknik oleh para penulis seharusnya dilakukan berdasarkan pengalaman;
angkasawan-angkasawan yang dipilih untuk menyertai siri ~ ke angkasa lepas terpaksa menjalani ujian terlebih dulu;
peneroka orang yang meneroka:
~-~ zaman dahulu membuka tanah dengan menggunakan kuda dan kapak sahaja.
terok
[arkaik];
menerok menusuk atau menikam (karung beras dan lain-lain) untuk mengetahui kandungannya.
terobos
menerobos menembus masuk (barisan musuh dan lain-lain), menembusi, melantasi, merempuh:
sejalur cahaya dan angin pagi yang dingin ~ masuk lewat jendela;
pada hemat saya orang Melayu sepatutnya ~ bidang perniagaan;
penerobosan perbuatan menerobos:
prinsip inilah yang menjadi strategi Jepun untuk menjayakan ~ ekonomi;
= tobros.
terobong
[arkaik] cerobong.