teruk I

1. amat sangat (berkenaan (dengan) penyakit, keadaan pesakit, dan lain-lain), keras sekali, tenat:
tiba-tiba khabar buruk tiba mengatakan bapaku sakit ~;

2. hebat sekali (perkelahian, pukulan, dan lain-lain), terlalu sangat:
kalau Hasan tidak pulang, dipukulnya Hasan sampai ~;

3. susah, sukar:
negeri ini sudah mengalami keganasan komunis selama dua belas tahun dan cukup ~ dibuatnya;

4. [bahasa percakapan] amat sangat buruknya (hodohnya, tidak baiknya, dan sebagainya sesuatu):
~ betul tulisannya;

keterukan keadaan teruk.

terubung

[Pulau Pinang], [Perak] sejenis tempat menyimpan padi yang dibuat daripada daun pandan atau kulit kayu, kerubung.

terubul

1. sejenis tumbuhan (pokok), pecah payung (piring paya), sampu tikus, segading jantan, Ixora crassifolia;

2. sejenis tumbuhan (pokok), belat, jarum hutan, kayu tajam, medang ketukuh, meroyan, segading jantan, Ixora grandifolia.

terubuk

1. sejenis ikan laut, Clupea macrura;

2. sejenis ikan laut, Alosa macrura;

3. = telur ~ telur ikan terubuk (biasanya dikeringkan dan diperdagangkan);
~ padi sejenis ikan laut, Clupea sinensis.

teruah

1. sejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar kepawang (kepayang), kelepayang, pepayang, Hodgsonia capniocarpa;

2. sejenis tumbuhan (pokok memanjat), Momordica cochinchinensis.

tertib

1. peraturan yang baik dan telah ditetapkan, aturan (yang harus dipatuhi);
tata~ peraturan-peraturan yang mesti dipatuhi;

2. mengikut peraturan, teratur dan rapi:
segala sesuatu berjalan dengan ~;

3. dengan sopan santun, dengan majlis, dengan sepatutnya:
sangat ~nya barang kelakuannya;
~ acara

a) peraturan mengenai segala sesuatu yang bertalian dengan perbincangan dalam mesyuarat dan lain-lain;
b) acara, agenda;
~ hukum [Indonesia] aturan yang berkaitan dengan undang-undang;
~ nikah aturan dalam nikah;
~ sembahyang aturan dalam sembahyang;
~ sopan sopan santun;

bertertib mengikut tertib, teratur, sopan:
apabila sampai ke rumah Pawang Dolah kau semua hendaklah duduk ~, bersopan santun;

menertibkan menjadikan tertib, mengatur, merapikan:
kpada tenteralah orang kampung menoleh guna ~ hukum;

ketertiban
1. peraturan (dalam masyarakat dan lain-lain), aturan:
atas nama ~ rumah makan ini, engkau kuusir;

2. = adat ~ kelakuan yang baik dalam pergaulan, kesopanan:
perbuatan yang kita lakukan demikian adalah melanggar ~ negara timur ini;

3. keadaan yang rapi, kerapian;

penertiban perihal menertibkan.