1. menuju ke sesuatu tempat dengan tidak singgah di mana-mana, langsung (tidak terhalang atau terhenti), lantas:
dari kamar tidur dia ~ ke bilik mandi;
2. tidak berhenti, tidak terhenti-henti, sentiasa bergerak (berjalan dan lain-lain):
kereta yang mereka naiki itu ~ berjalan;
3. tidak putus-putusnya, berkepanjangan, berlarut-larut, selalu:
negeri ini bergantung ~ pada getah dan timah sahaja;
4. langsung ke sebelah (apa yang ditikam dan lain-lain), lantas, menembus, tembus:
ditikamnya sekali lagi, kena rusuknya ~, maka rusa itu tiada boleh lari lagi lalu mati;
5. tidak bertangguh-tangguh lagi, dengan segera, lalu, langsung:
sesampai di kampung aku ~lah pergi ke paya;
6. tidak berwakil kepada sesiapa langsung:
di samping beberapa jabatan kerajaan yang dijaga ~ oleh menteri, terdapat juga beberapa lembaga atau perbadanan … ;
7. tidak bercampur atau berlapis, jati, tulen;
emas ~ emas tulen (bukan saduran);
~ mata (pelihatan, pandang) dapat mengetahui apa yang tersembunyi (yang akan terjadi);
seterusnya
1. selepas itu … lalu, lantas …:
aku ~ pergi ke rumah Ah Seng;
2. selanjutnya:
biarlah kita terima dulu jaminan tersebut untuk diperhatikan ~;
3. = dan ~ dan lain-lainnya, dan yang lain-lainnya;
4. tetap, selama-lamanya:
beliau telah mengadakan mesyuarat untuk menentukan ~ langkah-langkah yang diambil mengenai perkara tersebut;
5. yang berikutnya:
Khatijah memandangnya, berasa takjub ditanya ~ itu;
6. sejak dari itu …, mulai sekarang:
dia ~ tidak berani lagi melakukan perkara itu;
berterusan tidak berkeputusan, berlanjutan, berkepanjangan:
dia menangis ~;
menerus
1. menembus, melantas:
jahitan ini tidak boleh ~ ke sebelah luar;
2. meresap (mengalir dan lain-lain) keluar atau masuk;
3. jauh dari permulaan, lanjut, terus:
maka dilihat Bendahara betul kepala Tun Mutahir bernyala, cahaya ~ ke langit;
terus-menerus
1. = terus-terusan tidak berkeputusan, tidak berhenti-henti, tidak putus-putus, berterusan:
mestikah mereka ~ hidup dalam alam kekolotan?;
2. secara langsung (siaran televisyen dan lain-lain), bukan pertunjukan filem:
kira-kira 16,000 orang telah menyaksikan perlawanan yang disiarkan ~ oleh televisyen ke beberapa buah negeri;
menerusi
1. masuk sampai ke, melantas pada, menembus pada:
jahitan yang awal dan yang akhir sahaja yang ~ kain, yang lain itu lalu di bawah urat benang sahaja;
2. dengan perantaraan, melalui:
masukkan sehelai benang halus ~ lubang-lubang pada kertas tebal itu;
dia mengirim buku-buku itu ~ saya;
meneruskan
1. menembuskan, melantaskan;
2. melanjuntukan, melangsungkan, menyambungkan:
dari situ mereka ~ perjalanan mereka ke arah selatan;
dia bercadang hendak ~ pelajarannya ke universiti;
3. mengirim terus (kepada), menyampaikan (menyerahkan) terus kepada:
surat itu diteruskan kepada ketua rapat yang dengan segera pula ~ kepada Kadir;
terusan
1. sungai buatan dan lain-lain yang menghubungkan dua lautan (untuk pelayaran), susukan:
T~ Panama;
T~ Suez;
2. [bahasa percakapan] sambungan, lanjutan:
ini adalah ~ daripada cerita dahulu;
3. [bahasa percakapan] terus-terusan, terus-menerus;
keberterusan perihal (keadaan yang) berterusan:
hasrat terhadap ~ dalam hubungan antara negara;
penerusan perihal (perbuatan dan sebagainya) meneruskan, pelanjutan, kelanjutan:
masih ada kekecualian tertentu yang mengizinkan ~ penggunaan bahasa Inggeris;
penerus
1. orang (golongan) yang meneruskan (melanjuntukan) sesuatu aktiviti, penyumbang:
melahirkan titisan zuriat Islam yang murni sebagai ~ generasi Islamiah pada masa hadapan;
2. (Kejuruteraan) peranti elektronik yang digunakan untuk menukar arus ulang-alik kepada arus terus tanpa menggunakan dinamo atau mesin elektrik.