[kependekan] Teaching Of English as Second Language (Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua).
Category Archives: Kamus Dewan Online
tesitura
(Linguistik) julat nada suara dalam pertuturan biasa.
tesis
1. pendapat (kesimpulan) yang dikemukakan untuk dibahaskan, 2. disertasi atau kajian ilmiah yang dikemukakan oleh seseorang calon untuk melayakkannya memperoleh ijazah atau diploma.
tesaurus
buku yang mengandungi senarai kata seerti dan kata yang berkaitan maknanya yang disusun mengikut sistem atau olahan tertentu.
tesak
pusat sasaran, mata sasaran, bulan-bulan.
tes
[bahasa percakapan] percubaan yang dilakukan untuk menguji, ujian;
mengetes mengadakan percubaan untuk memeriksa keadaan sesuatu, menguji.
terwelu
arnab, kelinci.
terutup
~ batu sejenis tumbuhan (herba), kerak merah (nasi), rumput sisik naga, Torenia polyangonoides.
terusi
sejenis benda berasal daripada tembaga dan berwarna kebiru-biruan (digunakan untuk ubat puru dan lain-lain).
terus terang
berkata (bercakap dan lain-lain) dengan sebenarnya, tidak berselindung, berterang-terang:
kalau engkau tidak mahu mengaku ~, Bey, engkau aku bunuh;
berterus terang terus terang, berterang-terang:
ia ~ mengatakan bahawa ia bersedia akan menjadi isterinya.