[arkaik] burung pungguk;
seperti ~ di rumah tinggal (peribahasa) orang yang bekerja sendirian tetapi riuh bunyinya.
Category Archives: Kamus Dewan Online
tetabu
burung ~ sejenis burung, taptibau, Eurostopodus temminckii.
tetabas
[Perak] sembuh daripada penyakit (kerana diganggu puaka) dengan membuang ancak.
teta
huruf kelapan dalam abjad Yunani yang ditulis dengan simbol Θ, θ.
testosteron
(Biologi) hormon steroid lelaki, yang dihasilkan oleh testis atau dibuat secara sintetik, yang mengaruh dan memelihara ciri-ciri seks sekunder lelaki (seperti pertumbuhan misai).
testis
(Biologi) buah zakar, buah pelir.
testimonial
surat perakuan tentang keperibadian, kebolehan, kelayakan, dan sebagainya seseorang, yang biasanya diberikan oleh majikannya.
testimoni
pernyataan rasmi oleh saksi kepada mahkamah undang-undang untuk membuktikan kebenaran sesuatu.
testamen
[Indonesia-Belanda] wasiat.
testa
selaput biji yang biasanya tebal dan keras yang berfungsi untuk melindungi biji.