sisa daging (campuran daging, urat, lemak, dan lain-lain).
Category Archives: Kamus Dewan Online
tetekkala
[bahasa percakapan] tatkala.
tetek II
~-bengek segala perkara yang kurang penting atau tidak berguna.
tetek I
buah dada, susu;
menetek menghisap tetek, menyusu;
meneteki memberi minum air susu kepada, menyusui;
menetekkan membiarkan menyusu pada, menyusukan.
teteguk
burung pungguk.
tetebeng
bahagian tepi terendak yang lebar.
tetawak
[sastera lama] tawak-tawak.
tetas
menetas
1. memotong (membelah dan lain-lain) supaya terbuka, meretas:
~ jahitan;
2. keluar daripada telur:
anak-anak ayam yang baru ~ sudah boleh berjalan;
3. pecah dan terbuka kulitnya (telur yang sudah diram):
dalam tempoh sepuluh hari telur itu pun ~lah;
menetaskan
1. mengeramkan (telur) supaya menetas, menjadikan menetas;
2. [kiasan] menimbulkan sesuatu perkara dan lain-lain, membangkitkan, menelurkan, menimbulkan;
penetasan proses menetaskan telur:
~ udang galah;
penetas
1. alat yang digunakan untuk menetaskan telur:
telur burung ini ditetaskan dengan menggunakan alat ~;
2. pihak (orang atau syarikat) yang mengusahakan kerja penetasan:
anak ayam itu dibawa dari syarikat ~ di Pekan Nenas.
tetarik
sejenis alat bunyi-bunyian, akordion.
tetarap
sejenis ikan laut, Labridae.