tetuban

selaput pembungkus bayi semasa bayi dalam kandungan ibunya, tuban-tuban;

ketuban, tentuban.

tetuang

sejenis alat bunyi-bunyian (dibuat daripada buluh, tanduk, dan lain-lain) yang ditiup untuk memberi isyarat dan lain-lain;
~ udara [arkaik] alat pemancar radio;

tuang-tuang.

Tetuan

panggilan yang biasa digunakan kepada firma guaman, misalnya ~ Zainur Zakaria dan ~ Faiz & Co.

tetraklorida

karbon ~ (Kimia) sebatian organik yang mengandungi satu bahagian karbon dan empat bahagian klorin (digunakan dalam alat pemadam api dan lain-lain).

tetrahedron

(Matematik) rupa bentuk objek yang mempunyai empat muka satah (biasanya segi tiga sama yang serupa).