bungkus

1. = pembungkus bahan (kertas, kain, daun) untuk membalut sesuatu:
daun ~ nasi;

2. = bungkusan benda yang dibalut (dengan kertas, kain, daun, dan lain-lain):
se~ kain;
~-bingkis
berbagai-bagai jenis benda yang dibalut;
besar ~ tak berisi (peribahasa) orang yang besar cakap dan tidak berisi;

berbungkus berbalut:
di tangannya ada benda-benda ~;

membungkus
1. membalut:
permata itu dibungkus dengan kain baldu;

2. menyembunyikan, merahsiakan:
mereka pandai benar ~ rahsia hati masing-masing;

3. menangkap, memberkas (pencuri dan lain-lain);
~ tulang dengan daun talas (peribahasa) menyembunyikan rahsia dengan tidak hati-hati (mudah saja diketahui orang);
sepandai-pandai ~, yang busuk berbau juga (peribahasa) perbuatan yang salah itu lambat-laun akan ketahuan juga;

membungkusi menyelubungi:
keheningan malam itu terasa ~ diri kami;

pembungkusan perbuatan (proses) membungkus;

pembungkus
1. bahan (kertas, kain, daun, dan sebagainya) untuk membungkus sesuatu;

2. orang (syarikat dan sebagainya) yang membungkus;

3. sesuatu yang digunakan untuk atau dalam kerja membungkus:
mesin ~ gula-gula.

berkongsi