paling II

berpaling
1. mengubah arah muka ke kiri (ke kanan, ke belakang):
ia ~ ke arah pemuda itu;

2. [kiasan] beralih atau bertukar (perhatian, pandangan, dan lain-lain):
tiba masanya kita ~ kepada soal lain;

3. [kiasan] berubah atau bertukar pegangan (fikiran, kesetiaan, dan lain-lain), berbelot, membelot;
~ haluan
a) beralih (berubah) haluan;
b) berubah (beralih) pandangan dan lain-lain;
~ sembah [sastera lama] derhaka, tidak setia (kpada sultan dan lain-lain);
~ tadah beralih atau bertukar kesetiaan (pegangan dan lain-lain);
roda yang ~, kuda sudah digerindin (peribahasa) kelihatan sahaja senang hidupnya, tetapi yang sebenarnya susah;
tegak ~, duduk berkisar (peribahasa) berubah (berlainan) daripada apa yang telah dikatakan atau dijanjikan;

memalingkan
1. mengarahkan muka ke kiri (ke kanan, ke belakang):
~ mukanya ke arah lain;

2. memusingkan arah (perahu dan lain-lain):
~ perahunya;

3. mengubah arah pandangan (fikiran, dan sebagainya):
tidak sedikit pun tindakan itu ~ mereka daripada agama mereka;
~ muka

a) memusingkan (mengalihkan) muka ke kiri (ke kanan, ke belakang);
b) [sastera lama] tidak setia (suka), derhaka;
~ percakapan mengalihkan percakapan ke arah lain;

palingan yang dapat atau senang berpaling (dipalingkan);
hati ~ Allah, mata ~ setan = neraca ~ bungkal, hati ~ Tuhan (peribahasa) fikiran (pendirian dan lain-lain) seseorang itu boleh berubah-ubah;

kepalingan (Linguistik) superlatif.

berkongsi